web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rafizi Mendahului Saingan Jawatan Timbalan Presiden PKR Hasil Undian Di 10 Negeri Setakat Ini

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 8:19PM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rafizi Ramli mendahului pencabarnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas memperoleh undi popular hasil pengiraan di 10 negeri setakat ini.

Mantan Ahli Parlimen Pandan itu, turut memperoleh undi majoriti di lapan negeri ketika pengiraan dijalankan di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Kedah, Sabah, Johor, Pahang, Perak dan Pulau Pinang, kecuali di Sabah.

Di Pulau Pinang, Rafizi mendahului tipis dengan 2,989 undi dan tujuh cabang, manakala Saifuddin memperoleh 2,645 serta majoriti di enam cabang.

Manakala di Perak, Rafizi memperoleh kemenangan meyakinkan dengan 6,213 undi dan 21 cabang, manakala Saifuddin mendapat 2,201 undi serta sokongan tiga cabang.

Rafizi turut mendahului di Johor dengan jumlah 3,967 undi dan memenangi 23 daripada 26 cabang, sebaliknya Saifuddin hanya memperoleh 1,117 undi dan tiga cabang.

Bagi Pahang, Rafizi mendahului dengan sangat selesa apabila memperoleh 1,863 undi dan sokongan daripada 13 cabang, manakala Saifuddin menerima 425 undi serta satu cabang.

Secara keseluruhan, Rafizi memperoleh 63,177 undi ketika PKR membuat pengiraan untuk 10 negeri, manakala pesaingnya memperoleh 45,938 undi, iaitu ketinggalan 17,239 undi.

Setakat ini, Rafizi memperoleh 123 cabang, manakala Saifuddin mempunyai 31 cabang.

Saifuddin bagaimanapun ‘mengejar’ undi diperoleh Rafizi walaupun hanya memenangi enam daripada 25 cabang di Sabah.

Kemenangannya itu diperkukuh dengan jurang besar di Kota Kinabalu, Keningau, Tenom, Pensiangan dan Tawau.

Saifuddin berjaya memperoleh 8,585 undi, manakala Rafizi memperoleh 6,814 undi.

Di Selangor, Rafizi memenangi 13 daripada 22 bahagian, sekali gus memperoleh 25,449 undi berbanding pesaingnya 22,111.

Di Negeri Sembilan, Rafizi berjaya memperoleh tujuh daripada lapan cabang dengan 5,522 undi, lebih dua kali ganda undian diperoleh Saifuddin, iaitu sebanyak 2,559, dengan Saifuddin hanya berjaya memenangi cabang Rasah.

Keputusan itu dilihat sama seperti di Melaka, apabila Rafizi menyapu bersih semua enam cabang dengan 2,427 undi, berbanding 1,464 diperoleh Saifuddin.

Rafizi juga selesa menguasai 10 daripada 14 cabang di Kelantan dengan 3,107, berbanding 2,107 untuk Saifuddin.

Saifuddin berjaya memenangi empat daripada 15 cabang di Kedah dengan memperoleh 2,724, tetapi masih kurang untuk menyaingi Rafizi dengan 4,846 undi. – The Vibes, 29 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad