web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Zuraida Tidak Gugat Kabinet, 2 Calon Sesuai Isi Kekosongan Kerusi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 9:00AM

Zuraida

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), tidak menjejaskan barisan Kabinet diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib berkata, kerajaan pimpinan Ismail Sabri mempunyai majoriti 116 Ahli Parlimen daripada pelbagai parti yang membentuk pentadbiran Pakatan Nasional (PN) sebelum ini.

Profesor Dr Kartini Aboo Talib
Profesor Dr Kartini Aboo Talib

“Sekarang DAP 42 kerusi, PKR (35), baki adalah yang membentuk kerajaan di bawah Ismail Sabri.

“Barisan Nasional (BN), PAS, BERSATU, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) masih memperoleh majoriti walaupun Zuraida keluar parti (BERSATU),” katanya kepada Getaran hari ini.

Bagaimanapun beliau berpendapat, Zuraida akan digelar sebagai oportunis yang dipersoalkan matlamat dan objektifnya sebagai pemimpin.

“Sebelum ini beliau keluar PKR, kemudian masuk BERSATU. Sekarang dia lompat parti lagi dan masuk PBM pula.

“Akibat tindakannya itu, beliau akan dituduh pemimpin yang tidak setia, tiada prinsip dan juga tiada pendirian,” katanya.

Malah Kartini berpendapat, Zuraida menyertai PBM kerana mahukan sebuah parti dengan penyertaan keahlian terbuka kepada semua etnik di Malaysia.

“BERSATU adalah parti yang dominan Melayu. Pada masa sama, dalam BERSATU ada mantan pemimpin UMNO dan juga PKR, maka pergeseran dalaman pasti mengundang ahli kurang selesa untuk keluar parti.

“Mungkin atas tindakan itu, beliau masih boleh mendapat sokongan pengundi, tapi untuk mempertahankan kawasan ditandingi sebelum ini agak mencabar dan berdepan laluan sukar,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, tindakan Zuraida meninggalkan BERSATU ibarat memberi signal bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti perlu disegerakan.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

Bagaimanapun beliau berkata, pelaksanaan RUU tersebut bergantung kepada kesungguhan politik (political will) mana-mana parti yang membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Sekarang nampaknya masa dah suntuk. RUU itu nampaknya masih ‘keluar masuk’ di Parlimen, tak jelas.

“Jadi segalanya bergantung kepada political will pasca PRU-15 nanti. Jadi kalau ada kesungguhan politik selepas PRU-15 nanti, kemungkinan RUU itu dapat direalisasikan,” katanya.

Ditanya mengenai siapa pemimpin dari BERSATU yang boleh mengisi kerusi Zuraida, Jamaie berkata, terdapat dua calon sesuai untuk memegang portfolio di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sebelum PRU-15 nanti.

 “Pada pendapat saya, dua tokoh itu adalah Datuk Seri Mustapa Mohamed (Ahli Parlimen Jeli) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Ahli Parlimen Tanah Merah).

“Mustapa kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), manakala Ikmal Hisham pula Timbalan Menteri Pertahanan. Jadi mungkin boleh ditukar portfolio jika ada di antara mereka dipilih nanti,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, rekod Zuraida sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi turut boleh dibanggakan.

“Prestasi Zuraida sebagai menteri bagus. Barisan Kabinet sedia ada berpengalaman kerana mereka datang dari UMNO. Biasanya UMNO menyediakan calon untuk mengisi jawatan tertentu dalam Kabinet.

“Apabila mereka keluar menyertai parti lain, nampaknya prestasi dibawa sebagai menteri Kabinet tidak mengecewakan.

“Memang beliau nampaknya berjaya ketika zaman Pakatan Harapan (PH), kemudian zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga semasa pimpinan Ismail Sabri,” katanya.

Terdahulu, Zuraida mengisytiharkan keluar BERSATU dan menyertai PBM kerana tertarik dengan enam prinsip teras dibawa parti itu.

Enam prinsip teras itu merangkumi keterlibatan pelbagai kaum, pemberdayaan wanita, pemerkasaan anak muda, pembangunan ekonomi, peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia negara maju.

Jelasnya, beliau turut melihat banyak potensi dalam PBM, terutamanya ketika rakyat sudah bosan dengan politik lama yang membantutkan kemajuan negara.

“Insya-Allah, penyertaan dan pengalaman saya dalam PBM nanti dapat membantu mengangkat parti itu ke peringkat lebih tinggi, terutamanya menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Penyertaan saya ini juga akan mengisi kelompongan kepimpinan wanita dalam negara. Sejak penubuhan PBM, parti itu dilihat semakin kuat dan kini mempunyai beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) dalam barisannya,” katanya.

Bagaimanapun Zuraida berkata beliau akan tetap menyokong kerajaan pimpinan Ismail Sabri selari dengan pendirian PBM. - Getaran, 27 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 15 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

2

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

3

Politik 3 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad