web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Najib Yang Hasut Rakyat, Bukan Saya' - Kit Siang

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 3:27PM

Lim Kit Siang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyangkal tuduhan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau mahu menghasut rakyat selepas mempersoalkan adakah negara akan mengalami nasib dan situasi buruk seperti Sri Lanka. 

Beliau berkata, ahli politik berjiwa rakyat sudah pasti mengetahui kenyataannya bukan untuk menyeru kepada keganasan, seperti pembakaran rumah Perdana Menteri dan menteri.

Sebaliknya, beliau hanya memberi amaran bahawa semua pihak perlu menghayati pengajaran daripada apa yang berlaku di negara berkenaan. 

Menurutnya, perkara itu perlu dipandang serius kerana suasana politik dan sosio ekonomi negara merosot sehingga berisiko menjadi sebuah negara gagal seperti didepani Sri Lanka dalam setengah abad lepas, tidak harus sesekali dibenarkan berlaku di Malaysia. 

“Dia (Najib) menuduh saya sebagai menghasut rakyat apabila saya mempersoalkan sama ada Malaysia akan menghadapi nasib sama seperti Sri Lanka, apabila bertanya sekiranya rumah Perdana Menteri dan Menteri di Malaysia akan dibakar oleh penunjuk perasaan seperti di Sri Lanka minggu lepas. 

“Niat saya bukanlah untuk mencetuskan apa-apa pergolakan seperti dinyatakan dengan jelas dalam kenyataan, sebaliknya hanya memberikan amaran mengenai bahaya apabila suasana politik dan sosio-ekonomi dibiarkan terus merosot sehingga menjadi sebuah negara gagal seperti di Sri Lanka. 

“Negara tersebut gagal memenuhi tanggungjawab hutangnya buat kali pertama dalam sejarah 70 tahun, di mana rakyat Sri Lanka kini berhadapan kadar inflasi melonjak tinggi, lebih daripada 30 peratus dan kekurangan kritikal ubat-ubatan, bahan api, makanan serta barang penting lain,” katanya menerusi kenyataan di blog miliknya, hari ini.

Sebelum ini, Kit Siang menerusi akaun Twitter @limkitsiang memuatnaik ciapan berbunyi ‘Can Malaysia learn from the lessons of Sri Lanka?’

Najib Razak - Gambar fail
Najib Razak - Gambar fail

Perkara itu mendapat respon Najib dan menuduh kononnya kenyataan Kit Siang semata-mata untuk menipu rakyat dan bersifat mahu menghasut mereka membenci kerajaan. 

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menjangkakan akan wujud pemimpin, mahupun ahli politik terdesak dan oportunis akan mengambil kesempatan melalui pakar propaganda serta tentera siber, bagi memusing fakta bahawa kenyataannya sebagai hasutan kepada rakyat. 

Lebih mengejutkan, beliau yang juga Mentor DAP mendakwa, tindakan terbabit sanggup dilakukan oleh seorang mantan Perdana Menteri yang kononnya sudah mendapat sokongan daripada rakyat. 

“Saya tanyakan mengapa Sri Lanka, sebelum ini sebuah negara yang berpotensi membangun di Asia Selatan, kini berada dalam keadaan sangat teruk dan pada masa sama, memerhatikan, walaupun Malaysia juga tidak memenuhi potensi pembangunannya, Sri Lanka jauh ketinggalan di belakang.

“Mantan Perdana Menteri itu kembali dengan helahnya lagi, kini digalakkan dengan kemenangan Marcos Jr dalam pemilihan Presiden di Filipina, menyebarkan pertuduhan palsu terlawan lawan-lawannya melalui tentera sibernya,” katanya. 

Sementara itu, bagi perkembangan keluaran dalam negara kasar (KDNK), Kit Siang mengakui Malaysia membangun 90 kali ganda di antara tahun 1970 sehingga 2020, namun Korea Selatan mengembang 180 kali ganda, Singapura (170 kali ganda), China (lebih dari 160 kali ganda), dan Indonesia (110 kali ganda).

“Sri Lanka hanya mengembang 32 kali ganda dalam tempoh 50 tahun di antara 1970 ke 2020. Dari segi KDNK kapita, angka untuk Korea Selatan mengembang lebih dari 80 kali ganda untuk tempoh 1970 ke 2020. 

“Singapura pula mengembang sebanyak 50 kali ganda, China (40 kali ganda) dan Indonesia (35 kali ganda). KDNK per kapita Malaysia hanya berkembang 25 kali ganda, tetapi Sri Lanka lebih teruk, iaitu hanya kira-kira 12 kali ganda," katanya. 

Beliau turut menarik perhatian, Sri Lanka mencatatkan pertumbuhan lebih pantas berbanding dengan Malaysia, baik dari segi angka KDNK atau KDNK per kapita ketika Najib menjadi Perdana Menteri.

Malah, jelasnya, semasa tempoh pemerintahan Ahli Parlimen Pekan itu, Malaysia adalah antara ekonomi ASEAN yang paling lambat membangun, sama ada dari segi angka KDNK atau KDNK per kapita.

“Adakah tentera siber Najib akan cuba menggambarkan sembilan tahun pemerintahan Najib sebagai ‘zaman keemasan’ pembangunan dan pertumbuhan ekonomi?

“Untuk makluman Najib, saya telah bersara dari politik kompetitif, tetapi saya tidak bersara dari politik dan setiap rakyat Malaysia, malah setiap individu, perlu melawan wabak maklumat serta berita palsu di samping penipuan dalam era infodemik semasa ini," katanya. - Getaran, 20 Mei 2022.
 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad