web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pindaan Perlembagaan Petunjuk UMNO Semakin Stabil

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 8:37PM

Seramai 2,586 perwakilan hadir pada Perhimpunan Agung UMNO Khas di WTC hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas yang dilakukan bagi meluluskan Pindaan Perlembagaan UMNO berkaitan pemilihan merupakan agenda penting bagi memastikan parti terus kukuh dan sentiasa bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, pindaan itu biarpun sedikit namun memberi impak besar kepada parti supaya tidak berpecah belah sebelum PRU dilaksanakan.

Menurut beliau, perkara ini juga mewujudkan aura positif rakyat kepada UMNO ketika blok pembangkang sedang hebat bergelut dan bertelingkah antara satu sama lain demi kepentingan peribadi.

“Ini kita boleh lihat ada pemimpin DAP yang muak dengan parti sehingga tidak mahu bertanding pada PRU akan datang dan boleh lihat juga Pemilihan PKR, mereka bergaduh antara satu sama lain.

“Paling penting untuk UMNO wujudkan kestabilan kerana kalau kita berjaya lakukan dalam parti, kita sudah tentu akan mewujudkan kestabilan terbaik buat negara dan rakyat bakal menerima manfaatnya. Mesyuarat pada hari ini dapat buktikan UMNO mampu wujudkan kestabilan politik,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Shahril Sufian Hamdan - Gambar fail
Shahril Sufian Hamdan - Gambar fail

Sementara itu Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, pindaan itu adalah rentetan daripada keputusan Perhimpunan Agung parti itu Mac lalu dalam memastikan UMNO dapat memberi tumpuan 100 peratus kepada pilihan raya.

"Dalam formaliti hari ini dapat dilihat kesatuan yang disaksikan apabila semua pemimpin baik dalam kerajaan atau di luar kerajaan, semuanya sepakat dan ini adalah episod kejayaan kepada UMNO.

"Pindaan ini memastikan parti 100 peratus fokus terhadap persiapan pilihan raya selain membuktikan UMNO tidak berpecah," katanya.

 Armand Azha Abu Hanifah - Gambar dari Facebook Armand Azha
Armand Azha Abu Hanifah - Gambar dari Facebook Armand Azha

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Armand Azha Abu Hanifah pula berkata, pindaan tersebut menunjukkan parti itu terus teguh dengan kesepakatan semua pemimpin dalam meletakkan keutamaan untuk UMNO kembali dominan.

“Pentingnya pindaan ini untuk menunjukkan kesepakatan parti  dalam menghadapi PRU-15. Jadi, ungkapan rakyat di luar konon ada perpecahan parti dan sebagainya hanya suara sumbang.

“Hari ini sekali lagi menunjukkan UMNO berdiri teguh atas keputusan parti dan membuktikan kesepakatan pemimpinya yang akur dengan keputusan dibuat dengan meletakkan keutamaan parti untuk kembali dominan selepas PRU-15,” katanya.

Azalina Othman Said (kanan) tiba di WTC hari ini. - Gambar Bernama
Azalina Othman Said (kanan) tiba di WTC hari ini. - Gambar Bernama

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan, sebagai sebuah parti yang besar, UMNO tidak mampu untuk berdepan pertelagahan sesama ahli sekiranya negara melaksanakan PRU.

“Kami tidak mahu ada pergaduhan di bahagian. Sebab UMNO ini parti yang besar 3.1 juta. Saya selalu sebut orang kerusi nak bertanding 222 je kawasan Parlimen. 

“Bukan semua kawasan UMNO. UMNO bertanding mungkin kurang 100 kerusi. Jadi dengan ahli begitu ramai, disiplin parti itu wajib ada dan kita mesti teratur. Kita tidak mahu marahkan ‘nyamuk kelambu dibakar. Lain yang kita kejar lain yang kita dapat,” katanya. 

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kasssim berharap dengan pindaan perlembagaan itu, saf kepimpinan parti akan lebih kukuh sebagai persiapan dalam menghadapi PRU-15.

“Kita berdoa semoga keakraban, kerjasama, semangat kekitaan serta kekeluargaan UMNO terus mantap bagi menghadapi pilihan raya. Insya Allah, kita akan sokong mana yang terbaik,” katanya.

PAU Khas meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas PRU.

Pindaan tersebut juga bagi membolehkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diberi pilihan menentukan tempoh masa pemilihan parti.

Usul itu diluluskan sebulat suara 2,586 perwakilan UMNO dari 192 bahagian di seluruh negara yang hadir di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Selepas perkara berkenaan berjaya direalisasikan, MKT UMNO akan diberi dua pilihan di bawah fasal 10.16 Perlembagaan parti itu, sama ada melanjutkan tempoh pemilihan parti selama 18 bulan atau dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) selesai diadakan. - Getaran, 15 Mei 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish