web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pindaan Pemilihan UMNO Berjaya Diluluskan 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 4:37PM

Pindaan perlembagaan ini membolehkan MKT diberi pilihan menentukan tempoh masa pemilihan parti. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Pindaan tersebut juga bagi membolehkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diberi pilihan menentukan tempoh masa pemilihan parti.

Usul itu diluluskan sebulat suara 2,586 perwakilan UMNO dari 192 bahagian di seluruh negara yang hadir di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Selepas perkara itu berjaya direalisasikan, MKT UMNO akan diberi dua pilihan di bawah fasal 10.16 Perlembagaan parti itu, sama ada melanjutkan tempoh pemilihan parti selama 18 bulan atau dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) selesai diadakan.

Terdahulu, draf pindaan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO itu dibentangkan Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan dan Peraturan UMNO.

Dengan hanya melibatkan 3 fasal ini sahaja, beliau berkata, pemilihan parti tetap diadakan tiga tahun sekali seperti yang terkandung dalam Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO.

Bagaimanapun jelasnya Khaled, peruntukan dan fasal baharu yang dipinda dan dimasukkan ini adalah pengecualian kepada pemilihan 3 tahun sekali tersebut.

“Fasal pertama yang dipinda adalah Fasal 10.16 yang sekarang ini memperuntukkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan.

“Fasal ini akan dipinda bagi memberi kuasa dan pilihan kepada MKT untuk membuat satu lagi bentuk penangguhan kepada pemilihan parti, iaitu penangguhan selama 6 bulan selepas sesuatu PRU diadakan,” katanya.

Dalam erti kata lain jelasnya, peruntukan Fasal 10.16 yang sedia ada akan dipinda menjadi Fasal 10.16.1 dan digazetkan.

"Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan atau tidak lebih daripada enam (6) bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat), yang mana terkemudian.

“Maka, selain daripada tempoh penangguhan selama 18 bulan yang dibenarkan sebelum ini, MKT selepas ini turut berhak untuk menangguhkan pemilihan parti kepada suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan selepas sesuatu PRU itu diadakan, bergantung kepada yang mana satukah lebih terkemudian,” katanya.

Sebelum draf pindaan perlembagaan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan yang antara lain memberitahu, pindaan tersebut dibuat sesuai dengan kehendak politik semasa, selain untuk menjadikan UMNO kekal relevan dalam politik.

Sejak 1990 sehingga kini, UMNO sudah melakukan tiga pindaan perlembagaan berkait dengan soal pemilihan parti.

Pada 1987, Presiden UMNO ketika itu mencadangkan supaya parti memperkenalkan sistem 10 undi bonus, bagi setiap pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

Kemudian, pada 1998, perlembagaan UMNO dipinda lagi, dengan memperkenalkan sistem kuota pencalonan bagi jawatan-jawatan tertinggi parti.

Kali terakhir perlembagaan UMNO dipinda ialah pada 2009, dengan membuka ruang pemilihan lebih luas, apabila kuasa memilih tidak lagi terletak di tangan 2,510 perwakilan sewaktu PAU, namun diperluas ke peringkat perwakilan bahagian, membabitkan 146,500 ahli.

Cadangan pindaan perlembagaan UMNO bagi melanjutkan tempoh pemilihan parti itu sebelum ini dibawa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2021, Mac lalu.

Kemudian, MKT menerima usul pindaan itu pada mesyuarat 18 Mac lalu untuk dibawa ke PAU 2021, seterusnya diluluskan perwakilan pada 19 Mac lalu. - Getaran, 15 Mei 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 23 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad