web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menang Atau Kalah Tak Penting, Anwar Fokus Debat Terbuka, Telus

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 11:09AM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menyifatkan debat secara langsung sebagai ciri-ciri demokrasi moden, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah peluang kepada pemimpin untuk membentangkan isu dan cadangan bagi membolehkan rakyat menentukan siapa yang mempunyai penyelesaian yang lebih baik.

Beliau bagaimanapun memberitahu The Vibes, pada masa depan, debat tidak sepatutnya diadakan dengan subjek yang terhad dan bersyarat, seperti  Debat Perdana malam semalam yang diadakan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ia menyaksikan subjek 'taboo' seperti skandal skandal 1Malaysia Development Bhd dan kes mahkamah lain yang sedang berjalan.

''Jika kita tidak bersetuju dengan syarat itu, debat tidak akan diadakan. Itulah sebabnya saya terpaksa bersetuju, jika tidak debat tidak akan berlaku.

''Untuk menjadikan debat lebih bermakna pada masa depan, syarat-syarat seumpama itu harus dihapuskan."

Namun, kata Anwar, debat 'bukan mengenai siapa pendebat yang lebih baik atau siapa yang menang malam itu' tetapi membentangkan isu yang melanda negara untuk jangka masa yang panjang.

''Debat dan wacana perlu diteruskan dalam kalangan rakyat kerana mereka lebih mengetahui mengenai sesetengah isu dan mengemukakan cadangan untuk penyelesaian mereka sendiri. Lagipun perbincangan sihat harus digalakkan untuk masyarakat yang lebih bermaklumat dan proaktif.”

Anwar bagaimanapun kecewa kerana Debat Perdana itu tidak diadakan di Universiti Malaya.

'''Saya kecewa kerana Universiti Malaya, alma mater saya, tidak fikir sesuai untuk debat diadakan di sana. UM pernah menjadi sebuah institusi wacana dan perhimpunan terbuka, dari sudut penceramah hinggalah kepada aktivis pelajar..

“Namun, saya harap ini bukan kali terakhir pemimpin politik diberi platform untuk berdebat sesama sendiri dalam isu-isu yang melibatkan rakyat.”

Terdahulu, aktivis pelajar Fahmi Zainol mendakwa kesatuan pelajar berdepan halangan untuk menganjurkan Debat Perdana itu.

Dalam pada itu, Najib memberitahu beliau tidak tidur lena selama seminggu sehingga ke malam Debat Perdana itu, namun sudah melakukan yang terbaik dan menganggapnya sebagai kemenangan buat UMNO.

“Saya dah cuba buat yang terbaik kerana membawa obor UMNO. Kita berdiri di landasan betul, idea kita lebih bernas daripada pihak satu lagi.

“Kita ada falsafah yang tepat untuk rakyat,” katanya di hadapan penyokongnya di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.

Kira-kira 400 orang hadir di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) bagi mengikuti debat antara Anwar dan Najib termasuk Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, anggota parti, ahli akademik, wartawan dan orang ramai.

Menariknya, laungan 'reformasi' kedengaran di dalam dewan ketika ketibaan Najib dan Anwar. Keadaan agak tegang hingga pengacara terpaksa mengingatkan orang ramai bahawa agenda hari itu adalah untuk senyap, dan melarang laungan, sorakan serta tepukan.

Selama 90 minit debat itu, Anwar pada sebahagian masa menekankan punca dan keperluan untuk ketelusan serta lebih akauntabiliti sementara Najib cuba membentangkan penyelesaian kepada masalah ekonomi negara.

Dan walaupun syarikat minyak dan gas yang bermasalah, Sapura Energy menjadi tumpuan utama dalam segmen pertama debat, namun kebanyakan debat adalah mengenai pemulihan pasca COVID-19 negara, tadbir urus yang baik dan pembangunan negara.

Antara yang menarik perhatian ialah Anwar menolak cadangan Najib agar Petronas membeli Sapura Energy sebaliknya mendesak audit forensik dilakukan dan penelitian yang lebih mendalam terhadap firma yang mempunyai masalah kewangan itu.

Debat itu diadakan selepas beberapa minggu isu itu dibangkitkan menerusi dalam talian. Pada mulanya ia antara Najib dan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkisar tentang perjuangan dan masalah kewangan Sapura Energy.

Rafizi kemudiannya mencetuskan cabaran untuk berdebat secara terbuka dan Najib kemudiannya bersetuju, namun dengan syarat debat itu diadakan dengan Anwar. - The Vibes, 14 Mei 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95