web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Debat Anwar-Najib Jadi Penentu Hala Tuju PRU

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 12:17PM

Debat Perdana antara Najib (kiri) dan Anwar diadakan malam tadi. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Debat Perdana antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malam tadi, tidak menghasilkan 'pemenang yang sebenar' sebaliknya ia telah menetapkan hala tuju politik pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik.

Menurut penganalisis, walaupun tiada pemenang dalam 'pertembungan' semalam, namun debat itu memberikan pengaruh terhadap sentimen pengundi pada pilihan raya akan datang.

Fellow Kanan Institut Hubungan Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, debat politik berkenaan jarang berlaku tetapi ia digalakkan untuk menggalakkan kematangan dalam demokrasi dan politik Malaysia.

''Budaya debat adalah lebih baik daripada tiada apa apa, kerana rakyat biasa sekurang-kurangnya dapat menghiburkan diri manakala politik sebenar adalah pergelutan antara kalangan elit.''

Mengenai pertikaian Najib untuk menyelamatkan Sapura Energy Bhd, timbul perasaan ingin tahu kenapa bekas Perdana Menteri itu memberi tumpuan untuk menyelamatkan syarikat tersebut.

''Selepas keseluruhan isu 1MDB (1Malaysia Development Bhd), adalah masuk akal untuk lebih berhati-hati apatah lagi dakwaan serius yang dibuat oleh Rafizi terhadap Sapura Energy. Forensik audit perlu dilakukan.

''Selepas beberapa siri skandal termasuk 1MDB, adalah jelas dan terang-terangan bahawa (perkara seperti) hasil GST (barangan dan perkhidmatan) akan digunakan untuk  pembangunan dan bukannya tujuan 'jahat'.”

Mohd Azizuddin Mohd Sani
Mohd Azizuddin Mohd Sani

Manakala Profesor Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia pula berkata, debat berkenaan menarik perhatian negara kerana ia lebih kepada amalan ekonomi, bukannya politik.

Beliau berkata, Anwar membangkitkan isu asas seperti integriti dan kesejahteraan rakyat manakala Najib menonjolkan pendekatan transformasinya terhadap tadbir urus.

"Kita boleh melihat perspektif kedua-dua pemimpin itu, dan bagaimana mereka akan membawa hala tuju ekonomi Malaysia jika diberi peluang (mentadbir)," kata Azizuddin, yang turut hadir pada debat berkenaan, kepada Astro Awani.

''Jika kita bercakap mengenai siapa yang menang (debat), saya rasa rakyat telah menang kerana mereka dapat melihat kedua-duanya secara bersemuka. Mereka mungkin berbahas di Parlimen, tetapi kita tidak melihat mereka bercakap secara terbuka tentang isu-isu berkaitan kepentingan negara.

''Ini (debat) membolehkan mereka (penonton) menilai siapa yang membawa hujah yang lebih baik. Model semasa (untuk debat) adalah model yang bagus.

''Saya berharap ia adalah permulaan kepada usaha mematangkan demokrasi Malaysia, terutama yang berasaskan isu, dasar penting untuk negara dan bukan perkara remeh.

Beliau menambah walaupun debat perdana itu merupakan platform terbaik namun ada yang berpandangan ia dilakukan demi kepentingan politik.

Antara penonton yang hadir pada Debat Perdana antara Najib dan Anwar, malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Antara penonton yang hadir pada Debat Perdana antara Najib dan Anwar, malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kira-kira 400 orang hadir di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) bagi mengikuti debat antara Anwar dan Najib termasuk Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, anggota parti, ahli akademik, wartawan dan orang ramai.

Menariknya, laungan 'reformasi' kedengaran di dalam dewan ketika ketibaan Najib dan Anwar. Keadaan agak tegang hingga pengacara terpaksa mengingatkan orang ramai bahawa agenda hari itu adalah untuk senyap, dan melarang laungan, sorakan serta tepukan.

Gambar oleh Alif Omar
Gambar oleh Alif Omar

Selama 90 minit debat itu, Anwar pada sebahagian masa menekankan punca dan keperluan untuk ketelusan serta lebih akauntabiliti sementara Najib cuba membentangkan penyelesaian kepada masalah ekonomi negara.

Dan walaupun syarikat minyak dan gas yang bermasalah, Sapura Energy menjadi tumpuan utama dalam segmen pertama debat, namun kebanyakan debat adalah mengenai pemulihan pasca COVID-19 negara, tadbir urus yang baik dan pembangunan negara.

Antara yang menarik perhatian ialah Anwar menolak cadangan Najib agar Petronas membeli Sapura Energy sebaliknya mendesak audit forensik dilakukan dan penelitian yang lebih mendalam terhadap firma yang mempunyai masalah kewangan itu.

Debat itu diadakan selepas beberapa minggu isu itu dibangkitkan menerusi dalam talian. Pada mulanya ia antara Najib dan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkisar tentang perjuangan dan masalah kewangan Sapura Energy.

Rafizi kemudiannya mencetuskan cabaran untuk berdebat secara terbuka dan Najib kemudiannya bersetuju, namun dengan syarat debat itu diadakan dengan Anwar. - The Vibes, 13 Mei 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 22 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad