web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Debat Perdana: Sorakan Gamat Latari Hujah Najib Di ‘Kubu UMNO’

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 10:45PM

Para penyokong Datuk Seri Najib Razak menyaksikan Debat Perdana Anwar-Najib di skrin besar di Dewan Tun Hussein Onn WTC KL. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seperti dijangka, suasana di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) gamat dengan sorakan penyokong Datuk Seri Najib Razak ketika berlangsung Debat Perdana  antara mantan Perdana Menteri itu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suasana bertambah riuh ketika ada jeritan sinis daripada penyokong Najib apabila Presiden PKR itu berulang kali menyebut ‘forensic audit’ semasa hujahnya.

Dalam dewan memuatkan lebih 300 penonton itu, suasana positif nyata memihak kepada Najib yang kelihatan tenang menjawab setiap persoalan diajukan kepadanya.

Setiap penjelasan Penasihat Barisan Nasional (BN) itu disambut dengan tepukan gemuruh penonton diselangi sorakan ‘Hidup Bossku’.

Bagaimanapun, keadaan berbeza berlaku ketika Anwar berhujah kerana penyokong UMNO melemparkan kata-kata kurang menyenangkan setiap kali beliau diberikan peluang bercakap.

Antaranya, penonton menganggap Ahli Parlimen Port Dickson itu sebagai tiada idea dan gagal memberikan penjelasan konkrit apabila kerap mengulangi perkara sama, iaitu berhubung ‘forensic audit’.

Malah setiap kali Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berhujah, ucapannya disambut dengan sorakan ‘putar, putar’ dan ‘PM tepi’.

Keadaan sering bertukar riuh setiap kali Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mengeluarkan kenyataan sinis terhadap pemerintahan 22 bulan PH yang diketuai mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, suasana sokongan ‘berat sebelah’ terhadap Najib sudah dijangka berlaku berikutan lokasi siaran skrin besar itu dianjurkan UMNO dan disiarkan di ‘kubu’ parti tersebut.

Turut hadir pada siaran skrin besar itu, Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil dan juga mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Debat Perdana itu menjadi acara dinantikan rakyat memandangkan kedua-dua pemimpin terbabit adalah figura politik yang disifatkan memiliki karisma, ketokohan dan pengikut tersendiri.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menerusi sidang media khas bersama baru-baru ini, menjelaskan format debat itu akan merangkumi tiga bahagian. 

“Pertama, debat itu akan menyentuh berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Berhad (SEB) serta sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak.

“Kedua, berhubung ‘Masa Depan Malaysia’ yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir dan hala tuju negara. Bahagian terakhir adalah sesi soal jawab,” katanya.

Debat bermula jam 9 malam tadi itu disiarkan secara langsung, sama ada melalui saluran media utama, termasuk media sosial atau hadir ke lokasi.

Kisah di sebalik penganjuran debat itu turut mencetuskan kontroversi apabila pengurusan Universiti Malaysia (UM) tidak bersetuju ia diadakan di kampus berkenaan, walaupun Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) menawarkan untuk menjadi penganjur sesi perdebatan terbabit.

Menerusi kenyataannya, KMUM berkata, sebagai badan persatuan mahasiswa yang meraikan program bersifat keilmuan dan pendapat, pihaknya mahu menjadi penganjur bagi sesi perdebatan tokoh politik tanah air.

Tindakan UM itu mencetuskan ketidakpuasan hati segelintir pihak, termasuk calon Ketua Pemuda PKR, Fahmi Zainol yang meluahkan rasa kesal dengan perubahan lokasi bagi debat antara Najib dan Anwar.

Mantan aktivis mahasiswa itu mendakwa, pihak universiti awam berkenaan cuba menggagalkan usaha KMUM. - Getaran, 12 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 4 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar