web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bagaimana Agenda MN Nak Berjaya Jika Mahu ‘Badan Tanpa Kepala’?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 8:53PM

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak wajar mengharapkan Muafakat Nasional (MN) dibina kembali dengan mengenepikan pimpinan utama kedua-dua parti terbabit, kata mantan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata, PAS dan UMNO perlu memperbetulkan beberapa kesilapan sekiranya ingin melihat agenda perpaduan MN kembali bertaut.

“Tidak wajar diharapkan MN dibina kembali dengan mengenepikan pimpinan utama kedua-dua parti. Ibarat hanya diinginkan badan tanpa kepala.

“Inilah kesilapan dalam pengurusan MN sebelum ini. Ada pihak yang mahukan badan sahaja tanpa kepalanya.

“MN ada jalannya, tetapi syaratnya hendaklah menjadi keputusan bersama dan rasmi kedua-dua pimpinan parti,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Mohd Khairuddin berkata, PAS dan UMNO perlu menghidupkan kembali mesyuarat induk MN supaya harapan untuk melihat agenda kerjasama itu mampu dibina semula.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan, tidak sewajarnya perpaduan antara PAS dan UMNO menjadi goyah hanya dengan kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang kecil bilangan ahlinya.

“Perpaduan ummah antara dua parti UMNO dan PAS adalah harapan rakyat Malaysia dengan melihat kepada bilangan ahli dalam kedua-dua parti, iaitu masing-masing 3.2 juta dan 800,000.

“Dan juga melihat kepada sejarah pertembungan panjang dan pahit yang menjarakkan hubungan persaudaraan serta mengorbankan tali silaturrahim kekeluargaan umat Melayu Islam melebihi 40 tahun,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata, satu lagi syarat penting dalam agenda perpaduan MN adalah kedua-dua parti berkenan tidak mencampuri urusan dalaman setiap satu dan membiarkan masing-masing menguruskan parti sendiri.

“Jangan diulangi kesilapan tahun 1978 apabila ada parti mencampuri urusan pemilihan parti yang menjadi rakan kerjasama sehingga akhirnya terburai ikatan kerjasama.

“Sejarah pahit tidak wajar diulangi,” katanya.

Mengulas lanjut, mantan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS itu berkata, pasukan perunding kerusi juga tidak wajar dihentikan sekerat jalan.

PAS, katanya, perlu memperakui bahawa UMNO beberapa kali memohon diteruskan rundingan kerusi, tetapi parti diketuai Tan Sri Abdul Hadi Awang itu yang tidak melayan dan mengabaikannya, justeru kesilapan terbabit perlu dibetulkan.

“Saya percaya dan sentiasa beristiqamah dengan perjuangan untuk melihat kedua-dua parti tersebut terus bersama. - Getaran, 11 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad