web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Pendekatan ‘Khemah Besar’ Bagi PKR, Saifuddin-Rafizi Sependapat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 8:45PM

Saifuddin Nasution kelihatan di kaca televisyen di Balai Berita Petra News bercakap dalam perbahasan yang dianjurkan oleh Sinar Harian, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendekatan ‘khemah besar’ yang kononnya disokong segmen tertentu dalam kalangan ahli PKR, menjadi titik fokus perdebatan hari ini antara calon Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli.

Isu berkenaan mula dibangkitkan Rafizi yang mengatakan penggunaan langkah sedemikian menunjukkan PKR perlu menerima ahli politik yang mempunyai ‘rekod buruk di mata rakyat’, selain menggesa parti itu sebaliknya memberi tumpuan terhadap pengukuhan diri.

Saifuddin, penyandang Setiausaha Agung berkata, PKR dan Pakatan Harapan (PH) sudah lama berganjak daripada idea bekerjasama dengan parti lawan.

Bercakap dalam perbahasan selama 90 minit anjuran Sinar Harian yang disiarkan secara langsung hari ini, Saifuddin berkata, cadangan untuk berunding dengan pihak lain dilontarkan sejurus selepas Langkah Sheraton pada Februari 2020, dengan mendakwa PH hanya memerlukan sokongan tiga Ahli Parlimen pada masa itu untuk kembali membentuk kerajaan.

“Sentimen ketika itu adalah kami perlu melakukan sesuatu dengan segera. Memang benar kami cuba meraih sokongan untuk kembali berkuasa. Kami melakukan rundingan.

“Jika kita mencuba, ada peluang yang sama untuk berjaya dan gagal. Tetapi jika kita tidak mencuba, kita pasti akan gagal.

“Akhirnya, apabila kami gagal (mendapat sokongan), rundingan terhenti.

“Ini (rundingan) hanya berlaku pada masa itu. Hari ini, khemah besar bukan lagi sebahagian daripada agenda PKR,” katanya.

Bagi menyokong dakwaannya, Saifuddin berkata sejak kejatuhan PH, PKR melaksanakan beberapa siri mesyuarat dengan pemimpin dan ahli parti yang berhasil menerbitkan buku panduan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), ‘Positioning Keadilan’.

Rafizi mempersoalkan mengapa parti itu cuba menarik sokongan daripada pesaing politik untuk mengekalkan kuasa persekutuan, dan bukannya berdepan kemarahan dan kekecewaan orang ramai pada pilihan raya akan datang.

Beliau mendedahkan bahawa dalam mesyuarat diadakan parti serta-merta susulan Langkah Sheraton yang turut dihadiri Saifuddin dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau membantah cadangan supaya PH mencuba dan mewujudkan semula sokongannya di Parlimen.

Beliau berhujah bahawa berbuat demikian bermakna gabungan itu menyokong tindakan lompat parti, sama ada dengan mendapatkan sokongan Ahli Parlimen UMNO atau daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Sebab itu sejak awal, saya sudah mengatakan bahawa cara terbaik adalah mendepani emosi dan kemarahan rakyat atas pengkhianatan terhadap PH.

“Malah dipersetujui oleh Saifuddin dan parti ketika itu.

“Namun, saya kemudiannya dimaklumkan bahawa kepimpinan parti selepas itu memutuskan untuk mengadakan rundingan, termasuk dengan UMNO,” katanya.

Rafizi juga mempertikaikan dakwaan Saifuddin bahawa rundingan untuk membentuk khemah besar terhenti sejak dahulu, dengan mendakwa ia berterusan sehinggalah pemilihan Johor yang berlangsung dua bulan lalu apabila pemimpin PKR dikatakan bertemu dengan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saifuddin menafikan dakwaan terbabit dengan menegaskan PH hanya menggunakan idea itu untuk tempoh masa tertentu dan perkara berkenaan bukan lagi sebahagian daripada perbincangannya.

Ketika sesi soal jawab pula, Rafizi meminta penjelasan daripada rakan sejawatnya berhubung peranan beliau dalam berunding dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak bagi usaha mendapatkan Ahli Parlimen UMNO menyokong Anwar.

Ini merujuk kepada dakwaan Anwar pada September 2020 yang mempunyai sokongan ‘kuat, menggerunkan dan meyakinkan’ daripada Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan, yang majoritinya adalah penggubal undang-undang Melayu-Islam.

Saifuddin mengakui mendekati pemimpin itu, tetapi berkata ia dilakukan berikutan kata sepakat daripada semua komponen PH.

“Saya ditugaskan untuk mendekati pemimpin dari Sabah dan Sarawak, serta parti bukan PH, termasuk UMNO.

“Apa yang kami mahukan bukanlah untuk mereka berpaling tadah daripada parti mereka, tetapi untuk memberikan sokongan mereka kepada kami.”

Saifuddin mengulangi tindakannya tidak dilakukan secara unilateral tetapi dalam pengetahuan semua pemimpin PH, dengan perkembangan rundingan juga dilaporkan semula kepada pucuk pimpinan gabungan.

“Adakah saya menyesal (melakukan apa yang saya lakukan)? Saya akan katakan tidak.

“Saya hanya melaksanakan keputusan PH, dan saya membuat sumbangan saya.

“Dan jika itu tidak berjaya, pasti ada hikmahnya, dan saya belajar daripada episod itu,” katanya. - Getaran, 11 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Politik 2 tahun yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 16 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC