web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan PKR:Tunggu Dan Lihat Jika Sistem 'Cai' Berkesan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2022 4:38PM

Fahmi Fadzil - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan calon membentuk ‘cai’ atau kem tidak memberi kesan ketara atau penentu kemenangan besar individu bertanding pada Pemilihan PKR 2022.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, sistem terbabit kebiasaannya digunakan bagi membantu tokoh kurang dikenali. 

Menurut beliau, calon mengharapkan namanya dikenali apabila mereka berada dalam pasukan atau cai terbabit. 

“Pada pemilihan PKR 2018, memang tidak dinafikan wujud cai ini, tetapi ia tidak memberi bayangan bahawa sistem terbabit benar-benar berkesan. Jadi, sama ada sistem cai ini berkesan atau sebaliknya, kita tunggu dan lihat.

“Bagi saya, saya percaya dengan kebijaksanaan anggota parti yang akan memilih kerana walaupun ada cai tak semestinya anggota akan ikut,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ‘Debat Perdana Anwar-Najib’ bersama Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil di sini, hari ini.

Fahmi yang juga calon bagi jawatan Naib Presiden pada pemilihan PKR 2022 berkata, walaupun calon mempunyai kekuatan cai, penentu kemenangannya terletak di tangan akar umbi parti. 

“Saya rasa itu adalah lumrah dalam mana-mana pertandingan. Orang akan melihat pasukan calon selalu bergerak bersama, itu adalah persepsi sering kita lihat. 

“Kalau kita lihat dalam PKR, belum tentu anggota parti akan memilih pasukan terbabit kerana akhirnya mereka yang akan membuat pilihan,” katanya. 

Terdahulu, mantan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menampilkan pasukan yang bakal merebut jawatan utama parti dalam pemilihan PKR kali ini. 

Rafizi menamakan antaranya Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Haron; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang serta mantan Ahli Parlimen Kapar, G Manivanna. 

Beliau turut memberi bayangan pasukannya akan terdiri daripada mantan Ketua Wanita PKR Selangor, Rodziah Ismail dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Fahmi Zainol yang masing-masing akan bertanding jawatan Ketua Wanita PKR dan Ketua AMK. 

Pencalonan bagi pemilihan PKR 2022 yang bermula pada 8 April hingga 10 April lalu, membabitkan jawatan di peringkat cabang di seluruh negara.

Manakala, bagi jawatan utama tertinggi parti, ia berlangsung pada 11 April lalu. 

Buat julung kalinya, pemilihan PKR diadakan secara hibrid, iaitu menerusi fizikal dan dalam talian melalui aplikasi ADIL yang diperkenal pada 28 Februari lalu.

Proses pengundian bagi pemilih dalam talian adalah dari 18 hingga 20 Mei, manakala secara fizikal pada 13 hingga 17 Mei. – Getaran, 17 April 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 21 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai