web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Perlu Runding Dahulu Tarikh Bersama PN Sebelum Bubarkan Parlimen

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 5:33PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sebagai parti utama yang membentuk kerajaan Persekutuan perlu dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dizahirkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika majlis berbuka puasa bersama kepimpinan tertinggi PN.

Menurut beliau, pertemuan bersama Naib Presiden UMNO itu juga pada masa sama bagi memberi peluang pihaknya membincangkan hal ehwal semasa yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara.

“Dalam pertemuan ini, Perdana Menteri menekankan hubungan kerjasama dengan PN dalam kerajaan Persekutuan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara.

“Saya juga antara lain mengingatkan Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk kerajaan Persekutuan hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Hadir sama dalam pertemuan itu ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden GERAKAN, Senator Datuk Dr Dominic Lau.

Terdahulu, Muhyiddin menegaskan Ismail Sabri tidak boleh sewenang-wenangnya membubarkan Parlimen semata-mata untuk memberi laluan kepada pelaksanaan PRU-15 dalam masa terdekat.

Presiden BERSATU itu berkata, Perdana Menteri perlu menghormati beberapa perkara yang dipersetujui antara PN dan Barisan Nasional (BN), termasuk soal pembubaran Parlimen.

Menurut beliau, persetujuan antara kedua-dua belah pihak itu untuk mewujudkan situasi yang agak stabil supaya politik negara tidak berdepan dengan isu lain seperti masalah COVID-19.

Katanya, parti dalam PN yang terdiri daripada BERSATU, PAS, STAR, SAPP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) termasuk komponen di Sarawak mempunyai bilangan yang lebih besar iaitu 72 Ahli Parlimen manakala UMNO hanya memiliki 42 kerusi. - Getaran, 10 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Politik 6 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad