web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU Anti Lompat Parti: PH Gesa Perdana Menteri Umum Tarikh Bentang

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 3:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menetap dan mengumumkan tarikh Sidang Khas kedua bagi pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Parlimen Isnin ini.

Menurut Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), Ismail Sabri juga digesa untuk menyatakan komitmen kerajaan bahawa RUU tersebut akan dibentang dan diluluskan di Parlimen dalam masa terdekat.

Menerusi satu kenyataan bersama, Majlis Presiden PH berkata, meluluskan RUU Anti Lompat Parti di Parlimen adalah syarat utama dalam Perjanjian Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MoU) antara PH dan kerajaan.

“Amat jelas bahawa PH tidak akan berkompromi dalam perkara ini.

“Kita memahami keperluan untuk meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi memberi punca kuasa untuk menggubal Akta Anti Lompat Parti.

“Justeru, PH akan menyokong Pindaan Perlembagaan pada sidang khas Parlimen 11 April ini,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Daruk Seri Madius Tangau.

Menurut kenyataan sama, syarat utama ditetapkan adalah draf RUU Anti Lompat Parti perlu disegerakan dan perkara itu ditegaskan Jawatankuasa Pemandu MoU yang bermesyuarat semalam. 

Katanya, Anwar yang juga Ketua Pembangkang juga semalam, menyampaikan pendirian PH itu kepada Perdana Menteri.

“Oleh itu, kami menggesa Perdana Menteri untuk menyatakan komitmen bahawa RUU Anti Lompat Parti tersebut akan dibentang untuk diluluskan di Parlimen dalam masa terdekat, manakala tarikh Sidang Khas kedua perlu ditetapkan dan diumum di Parlimen Isnin ini.

“Kami turut menggesa agar Menteri bertanggungjawab membentang Pindaan Perlembagaan pada Isnin ini, turut menyatakan dengan jelas di Parlimen apakah prinsip asas RUU Anti Lompat Parti yang bakal dibentang dan diluluskan dalam Sidang Khas kedua nanti.

“PH percaya dengan meluluskan Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti, kepercayaan rakyat terhadap proses pilihan raya dan demokrasi berparlimen akan dapat mula dipulihkan,” katanya.

Semalam Getaran melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, RUU Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan pada Isnin ini ditangguhkan ke satu lagi Mesyuarat Khas dalam masa terdekat.

Katanya, Mesyuarat Khas kedua itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selaras dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Biarpun pembentangan RUU itu ditangguhkan, Wan Junaidi menjelaskan, Mesyuarat Khas Parlimen yang dijadual pada Isnin dan Selasa ini akan diteruskan seperti dirancang untuk membentang dan membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022.

“Kedua-dua pihak menyatakan komitmen akan memberi sokongan bagi membolehkan RUU ini mendapat majoriti dua pertiga dalam sidang khas Parlimen pada 11 dan 12 April 2022,” katanya. - Getaran, 8 April 2022
 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad