web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerjasama UMNO-BERSATU, Nilai Dulu Tindak Tanduk Politik Muhyiddin - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 1:31PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak dalam UMNO masih mahu mempertahankan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) harus menilai tindak tanduk politik dan tabiat Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu kembali menjadi Perdana Menteri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO tidak seperti BERSATU yang sanggup menjual prinsip demi kembali berkuasa.

“Mahukah kita terus bekerjasama dengan parti sedemikian?

“UMNO ini tidak sempurna. Tetapi kita tidaklah terdesak, menjual prinsip dan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu menebus malu serta menggenggam kuasa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan Muhyiddin berjumpa dengan beliau bagi meminta sokongannya dalam usaha menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Pendedahan tersebut jelas Ahmad Zahid, membongkar niat sebenar mantan Perdana Menteri ke-8 itu yang mahu menjalin kerjasama dengan PEJUANG dan parti pembangkang lain.

“Kita fikir mereka berdiri atas ideologi. Rupa-rupanya semua demi kepentingan peribadi. Muhyiddin juga dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Presiden PKR baru-baru ini walaupun tidak ada butiran lanjut.

“Begitu juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Shafie Apdal yang mengakui beliau dihubungi Muhyiddin dipercayai berkaitan dengan bentuk kerjasama boleh dilakukan dalam pilihan raya umum pada masa akan datang.

“Namun Shafei Apdal dilaporkan sudah memberikan kata putus menolak permintaan tersebut selepas pengkhianatannya (Muhyiddin) dalam PH,” katanya.

Namun kelmarin, Muhyiddin menjelaskan pertemuan beliau dengan Dr Mahathir adalah sebahagian daripada inisiatif untuk merintis hubungan kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, inisiatif itu adalah langkah awal untuk mendapatkan pandangan pimpinan utama parti politik, selain Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru pada PRU-15, namun tiada keputusan muktamad dibuat setakat ini. - Getaran, 4 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

2

Politik 2 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

3

Politik 2 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

4

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad