web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Akan Jalin Kerjasama Dengan PEJUANG Pada PRU-15?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 2:03PM

Abdul Hadi akan mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dalam masa terdekat untuk membincangkan kerjasama antara PAS dan PEJUANG. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat, bagi membincangkan usaha kerjasama antara parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun, Ahli Parlimen Marang itu berkata, butiran dan tarikh pertemuan masih belum diputuskan.

“Kita akan aturkan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir. InsyaAllah. Ini bermakna kita bersedia untuk berjumpa dengan semua parti untuk menyatukan ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri kuliah pagi di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, PAS juga dimaklumkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pertemuan dengan Dr Mahathir itu.

Katanya, PAS sememangnya terbuka bekerjasama dengan mana-mana parti yang menyokong penyatuan Melayu Islam, termasuk mempertahankan Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO.

Semalam, Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir berhubung cadangan kerjasama pada PRU15.

Jelasnya, Muhyiddin sendiri yang menghubungi Dr Mahathir meminta pertemuan itu diadakan.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata, PEJUANG masih belum membuat keputusan berhubung cadangan tersebut. – Getaran, 1 April 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM