web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Keperluan Tukar Kepimpinan DAP - Guan Eng

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 8:33PM

Lim Guan Eng (tengah) bersama Frankie (duduk kiri) ketika menghadiri majlis perasmian Pejabat DAP di Tawau hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menegaskan tidak ada keperluan untuk parti itu menukar pucuk pimpinannya seperti gesaan beberapa pihak luar.

Justeru, Guan Eng menegaskan perkara berhubung pucuk pimpinan berkenaan sepatutnya diajukan kepada parti lain.

“DAP sudah menjalani proses peralihan (pemilihan), malah saya bukan lagi Setiausaha (DAP), tetapi kini Pengerusi (dipilih).

“Justeru, tidak relevan sekiranya soalan itu (penukaran pucuk pimpinan) diberikan kepada DAP,” katanya kepada media selepas merasmikan Pejabat DAP baharu Tawau di sini, hari ini.

Menurut Guan Eng, ketika ini, pihaknya mahu menumpukan perhatian bagi memperbaiki kelemahan dalaman parti.

“Dalam pada itu, semangat perjuangan DAP tidak dapat dimatikan oleh pemimpin yang khianat kepada mandat rakyat.

“Malah, DAP semakin kuat dan lebih maju kerana masih ada ahli akar umbi yang sentiasa setia bersama DAP,” katanya.

Ketika diminta mengulas hubungan kerjasama DAP dengan Parti Warisan Sabah (WARISAN) susulan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti berkenaan, iaitu ADUN Sri Tanjong, Justin Wong Yung Bin dan Calvin Chong Ket Kiu (ADUN Elopura) menyertai parti pembangkang terbesar di Sabah itu minggu lalu, Guan Eng menyerahkan kepada pengurusan DAP negeri untuk membuat keputusan.

“Terserah kepada DAP Sabah untuk meneruskan kerjasama atau tidak dengan WARISAN,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon berkata, DAP negeri berkenaan masih dalam keadaan baik dan tidak wujud masalah dalaman serius setakat ini.

“Sebelum ini juga kita sudah cuba memujuk dua ADUN berkenaan supaya tidak keluar parti tetapi mereka tetap dengan keputusan itu.

“Sebolehnya mandat rakyat yang menyokong mereka atas tiket DAP sehingga berpeluang menjadi wakil rakyat perlu dihormati,” katanya. – Getaran, 30 Mac 2022
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan