Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kelonggaran SOP PRN Johor Disalah Guna, BERSIH Gesa Pinda Akta

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 5:51PM

Hasil pemerhatian BERSIH mendapati kesalahan pada PRN Johor adalah lebih banyak berbanding PRN Melaka dan Sarawak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diberikan semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diambil kesempatan oleh calon bertanding, khususnya parti kerajaan yang secara jelas menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954.

Pegawai Program Laporan Pemerhatian Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Mohd Asyraf Sharafi berkata, hasil pemerhatian mendapati kesalahan pada pilihan raya di negeri berkenaan adalah lebih banyak berbanding PRN Melaka dan PRN Sarawak.

Beliau berkata, kesalahan penjamuan dan pemberian seperti minyak petrol serta minyak hitam secara percuma kepada orang ramai adalah kesalahan yang banyak dilakukan calon dari Perikatan Nasional (PN).

“Sebanyak 33 kesalahan kami rekodkan. Antara dilakukan PN adalah pembukaan Gerai Prihatin pada 4 Februari di Pasar Tani Pagoh dan jamuan makan malam anjuran sebuah persatuan Cina di Austin International Convention Center, Johor Bahru yang dihadiri lebih 800 orang.

“Calon daripada Pakatan Harapan (PH) juga ada membuat program isi minyak motor percuma. Salah guna sumber dan jentera turut banyak dilakukan parti penyandang kerajaan. 

“Sebanyak 11 kesalahan direkodkan, di samping penggunaan jentera dan sumber kerajaan paling banyak dilakukan Barisan Nasional (BN), iaitu sembilan kesalahan, manakala dua kesalahan lagi dilakukan PN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Laporan Pemerhatian PRN Johor yang diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom, hari ini.

BERSIH mendapati kelonggaran SOP semasa kempen PRN Johor diambil kesempatan oleh calon bertanding. - Gambar fail
BERSIH mendapati kelonggaran SOP semasa kempen PRN Johor diambil kesempatan oleh calon bertanding. - Gambar fail

Bagi kesalahan rasuah dan beli undi, Mohd Asyraf berkata, pemerhati BERSIH menerima banyak laporan melalui kiriman Whatsapp memaparkan audio dan video pemberian wang di beberapa kawasan, namun sehingga kini kesahihannya tidak dapat dipastikan.

“Namun, pemerhati kami sempat menyaksikan satu kesalahan yang boleh diperhatikan sebagai kesalahan rasuah yang dilakukan di luar pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Serkat di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) N56 Kukup oleh jentera BN.

“Selain itu, sebanyak 13 kesalahan membuka pondok panas dan perayu undi diperhatikan Pemantau BERSIH dengan BN paling banyak membuka pondok panas dan merayu undi walaupun ada di antaranya berjarak lebih 50 meter daripada pusat pengundian. 

Malah, jelasnya, terdapat pondok panas dibuka di dalam rumah orang tua berhampiran Pusat Pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tampoi di DUN Kempas. 

Pada masa sama, Mohd Asyraf menegaskan, hampir semua parti politik kelihatan mengangkut pengundi pergi dan balik daripada pusat pengundian yang jelas adalah kesalahan di bawah Seksyen 20 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Justeru, bagi memperkasakan pengurusan dan perjalanan pilihan raya supaya berjalan dengan baik pada masa akan datang, BERSIH mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan segera meminda Seksyen 27 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memberi kuasa lebih besar kepada SPR supaya boleh menguatkuasakan undang-undang.

“Kerajaan Persekutuan perlu segera menubuhkan satu Jawatankuasa Bebas Audit Daftar Pemilih bagi menyemak dan mengaudit daftar pemilih untuk menjamin integriti senarai daftar pemilih, berikutan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik (PPSA),” katanya.

Sementara itu, Mohd Asyraf berkata, kerajaan perlu memanjangkan tempoh pilihan raya kepada minimum 21 hari dengan meminda Seksyen 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) agar pengundi pos di luar negara sempat menghantar kertas undi.

Malah, menurut beliau, terdapat keperluan untuk SPR menyediakan pengangkutan kepada pengundi yang diberikan arahan kuarantin di rumah, sama ada berstatus individu yang disyaki (PUI) dan individu dalam pemantauan (PUS).

“Kerajaan perlu memberi akses media yang lebih adil untuk semua parti dan calon terbabit dalam pilihan raya melalui media kerajaan atau swasta serta saluran media utama, di samping membuka pusat pengundian di kampung atau kawasan sukar dicapai.

“Ini perlu agar pengundi tidak bergantung kepada pihak lain untuk turun ke pusat pengundian. Pemerhati pilihan raya yang berdaftar di bawah SPR perlu dibenarkan untuk memantau semua peringkat perjalanan pilihan raya seperti penamaan calon, pembukaan undi pos dan undi awal,” katanya. – Getaran, 30 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

Semasa 1 hari yang lalu

Hina Islam: Kerajaan Wujud Talian, Emel Khas Untuk Aduan Kes - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Program IPR ‘Durian Runtuh’ Kepada Suri Rumah, Ibu Tunggal Jana Pendapatan Lumayan

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan