web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jika Sayang Mahathir dan PEJUANG, Kim Yew Boleh Keluar MCA

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 8:14PM

Lee Kim Yew (dua dari kanan, kemeja t hijau) hadir pada Majlis Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Cina, Kluang di Pitt Station, Ayer Hitam, bersama Dr Mahathir pada Pilihan Raya Negeri Johor, 12 Mac lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Taikun perniagaan, Tan Sri Lee Kim Yew digesa meninggalkan MCA jika memilih untuk berbaik dengan mantan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyuarakan gesaan itu, Pengerusi Pemuda Kebangsaan MCA, Datuk Nicole Wong berkata, tindakan Kim Yew berkempen bersama Dr Mahathir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, mengundang rasa kurang senang dalam kalangan ahli MCA.

“Kepada Tan Sri Lee Kim Yew, jika kamu mengasihi Tun Mahathir dan PEJUANG di hati kamu, sila tinggalkan MCA.

“Parti (MCA) ada undang-undang tersendiri dan ramai ahli mengadu mengenai tindakan anda berkempen dengan Tun Mahathir dan PEJUANG di PRN Johor,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 

Dear 丹斯里 李金友 Tan Sri Lee Kim Yew , If you are in love with Tun Mahathir and Pejuang is where your heart truly lies,...

Posted by Nicole Wong on Monday, March 28, 2022

Gesaan itu nyata menerima sokongan rata-rata pengikut media sosial berkenaan yang turut meninggalkan komen senada dengan Wong.

“Tindakan itu adalah langkah terbaik dan MCA perlu mengambil tindakan sewajarnya,” kata Alex Wong.

“Terbaik Datuk. MCA harus ambil tindakan terhadapnya (Kim Yew),” tulis Ng En Lin.

Hantaran Wong turut mendapat perhatian pengikutnya dalam kalangan masyarakat Melayu dan India yang bersetuju serta menyokong kata-kata Wong.

“Ambil tindakan pantas. Dia mungkin ahli seumur hidup tapi ia boleh dibatalkan,” komen Sivanesan Nesan.

“Parti tidak perlukan pengkhianat macam dia ini Datuk,” ujar Sabariah Johari.

Sebelum ini, Kim Yew dilaporkan berkempen bersama Dr Mahathir di Ayer Hitam pada 3 Mac lalu dan menggesa masyarakat Cina mengundi PEJUANG ketika PRN Johor.

Pada majlis makan tengah hari bersama, taikun tersebut memuji Ahli Parlimen Langkawi berkenaan semasa beliau mentadbir Malaysia sebagai Perdana Menteri Ke-4. - Getaran, 29 Mac 2022
 

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad