Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Anthony Loke Dilantik Setiausaha Agung Baharu DAP

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 9:32PM

Dari kiri, Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Gobind Singh Deo - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook hari ini dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu menggantikan Lim Guan Eng yang dipilih sebagai Pengerusi Kebangsaan dalam pemilihan sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-17 di sini.

Loke, yang sebelum ini Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, menggantikan Guan Eng yang tidak boleh dipilih semula untuk jawatan tersebut pada pemilihan kali ini kerana perlembagaan parti itu hanya membenarkan seseorang memegang jawatan setiausaha agung selama tempoh maksimum tiga penggal.

Bekas Menteri Pengangkutan itu terdahulu dipilih menggangotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP selepas meraih 1,625 undi manakala Guan Eng memperoleh 1,311 undi.

Keputusan itu diumumkan Speaker Kongres Kebangsaan DAP ke-17, Chiew Chiu Sing, pada sidang media di akhir persidangan itu.

Seramai 2,179 perwakilan menghadiri kongres sehari secara fizikal di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam itu dan bertanggungjawab mengundi 30 anggota CEC untuk penggal 2022-2025.

Ahli CEC akan memilih pemegang jawatan parti, termasuk jawatan setiausaha agung. 

Loke dan Guan Eng adalah antara 92 calon yang bertanding untuk 30 jawatan CEC bagi penggal 2022-2025.

Terdahulu, veteran DAP Lim Kit Siang, 81, menarik diri daripada bertanding pada pemilihan parti kali ini selepas mengumumkan persaraan daripada politik selepas 56 tahun.

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang meraih undi tertinggi dengan 1,782 undi, kekal sebagai Timbalan Pengerusi Kebangsaan.

Jawatan Naib Pengerusi Kebangsaan pula disandang bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim.

Selain itu, Chiew turut mengumumkan pelantikan Kit Siang sebagai mentor parti, bekas pengerusi Tan Kok Wai sebagai penasihat dan Nga Kor Ming sebagai Ketua Parlimen DAP.

Anthony Loke - Gambar Sairien Nafis
Anthony Loke - Gambar Sairien Nafis

Dalam pada itu, Loke pada sidang media sama menyampaikan penghargaan kepada semua ahli CEC yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk memimpin parti itu selama tiga tahun sekali gus mencorak masa depan parti yang lebih gemilang.

“Sebagai Setiausaha Agung yang baharu, saya mahu membawa pendekatan inklusif supaya setiap pemimpin memainkan peranan mereka untuk menyatupadukan kekuatan parti dan membawa parti ke era kegemilangan.

“Ini adalah permulaan '3G' atau generasi ketiga. Generasi pertama Lim Kit Siang, generasi kedua Lim Guan Eng yang masih berada di CEC untuk memimpin kita dan memberi ruang kepada pemimpin 3G seperti saya, Gobind, Steven Sim dan lain-lain untuk sama-sama memimpin parti berdepan cabaran akan datang,” katanya.

Beliau berkata jawatankuasa baharu itu akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk melantik pemimpin lain yang tidak berpeluang bagi menganggotai CEC dan memegang jawatan di pelbagai biro parti. - Bernama

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Babitkan 7 Kenderaan: 3 Penunggang Motosikal Dilaporkan Stabil

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Permohonan Najib Mulakan Semakan Kehakiman Cabar Kewujudan Titah Adendum 5 Jun

Semasa 19 jam yang lalu

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

oleh Jason Santos