web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


WARISAN Sokong 1/3 Kerusi Parlimen Diberi Kepada Sabah, Sarawak

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 6:12PM

Mohd Shafie berbual dengan mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya Batu 4, Jalan Apas di Dewan Serbaguna Kampung Kinabutan Kecil, Tawau, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Parti Warisan (WARISAN) menyokong satu pertiga jumlah kerusi Parlimen atau lebih 70 daripada 222 diberikan kepada Sabah dan Sarawak.

Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan akan dibangkitkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang bermula esok. 

"Pada 1963, terdapat 159 kerusi Parlimen dengan satu pertiga diwakili North Borneo (Sabah), Sarawak dan Singapura, termaktub dalam Inter-Govermental Committee Report.

"Justeru, apabila Singapura keluar dari Malaysia dua tahun kemudian, seharusnya kerusi yang dimiliki Singapura diberi kepada Sabah dan Sarawak sekali gus mengekalkan kuota satu pertiga seperti dalam MA63," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Mohd Shafie (tengah) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya.
Mohd Shafie (tengah) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya.

Jelas Mohd Shafie, ketika ini Sabah memiliki 25 kerusi Parlimen manakala Sarawak, 31 kerusi berjumlah 56 daripada 222 kerusi secara keseluruhannya 

"Jumlah itu jelas kurang daripada satu pertiga kerusi Parlimen yang sepatutnya diperuntukkan untuk negeri wilayah gabungan.

"Tambahan kerusi (Parlimen) untuk Sabah dan Sarawak itu akan dapat memberi keseimbangan suara sekali gus sebagai jaminan hak negeri yang sepatutnya didengari," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie menegaskan sokongan mengenai MA63 tidak berkaitan dengan ideologi politik untuk memecah belah setiap negeri, sebaliknya menyuarakan hak serta suara rakyat Malaysia dari Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur dan wang tunai kepada mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas di Dewan Serbaguna Kampung Kinabutan Kecil.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, WARISAN akan melihat keperluan pelaksanaan kerjasama pintar dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke-15.

"Saya terbuka dan tidak nyatakan untuk tolak semua Pakatan Harapan, tapi kerjasama pintar ini, kita (WARISAN) kena tengok daripada pelbagai aspek termasuk integriti pimpinan parti itu.

"Ia turut mengambil kira parti yang diberikan mandat oleh rakyat kerana perlu selari dengan perjuangan WARISAN mempertahan kepentingan Sabah, inklusif dan memperkukuhkan rakyat Malaysia," katanya. - Getaran, 20 Mac 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 10 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad