web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dr Kelvin Ketuai DAPSY, Rara Timbalan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 10:23AM

Dr Kelvin Yii bergambar bersama Young Syefura Othman. - Gambar dari Facebook Kelvin Yii Lee Wuen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dr Kelvin Yii Lee Wuen telah dipilih sebagai Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY) pada pemilihan yang berlangsung semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, mendapat 232 undi, menewaskan dua pesaingnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin dan Eric Teh Hoong Keat yang merupakan penyandang jawatan setiausaha sayap berkenaan.

Menerusi Facebook, Dr Yii merakamkan terima kasih kepada penyokongnya.

''Amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya akan saya jalankan dengan sepenuh hati bersama pasukan saya terutamanya untuk menyatupadukan dan memperkasakan DAPSY di seluruh negara.

''Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya Sdri Jamaliah Jamaluddin dan Sdr Teh Hoong Keat . Kami semua mempunyai idealisme bersama untuk melihat DAPSY dikuatkan dan anak muda kita diperkasakan,'' katanya.

 

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya dalam DAPSY kerana memberikan semangat dan...

Posted by Kelvin Yii Lee Wuen 俞利文 on Saturday, March 19, 2022

Sementara itu, ADUN Ketari, Young Syefura Othman, atau dikenali sebagai Rara, memperolehi undi 212 untuk memegang jawatan Timbalan Ketua DAPSY Kebangsaan.

Beliau menewaskan Abdul Aziz Isa Marindo dan Alive Lan Suet Ling.

Manakala empat kerusi Naib Ketua DAPSY Kebangsaan disandang G. Annun Nancy, K. Jason Raj, P.S Keristinah dan Teh Swee Leonge.

Manakala 15 individu termasuk Tan Kim Ping, Woo Kah Leong dan Rachel Teh, dipilih Majlis Eksekutif Kebangsaan (MEK).

Menurut Astro Awani, seramai 400 delegasi membuang undi mulai 7 malam semalam.

Mereka yang terpilih akan memegang jawatan tersebut sehingga 2024. – The Vibes, 20 Mac 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan