Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nekad Muncul Semula, Simulasi Pengundi Atas Pagar PRN Johor Membimbangkan 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 9:33AM

Rafizi mahu memberikan perhatian kepada pengundi atas pagar selepas melihat keputusan pada PRN Johor lalu di mana PH hanya berjaya menawan 11 kerusi sahaja. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dua tahun 'berehat' dari dunia politik, bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli buat pertama kalinya membuka mulut mengenai keputusannya untuk muncul semula ke gelanggang. 

Akui Rafizi, beliau bukan kembali kerana jawatan dalam parti tetapi didorong perasaan bimbang terhadap senario melatari Pakatan Harapan (PH), yang seolah-olah sudah hilang sokongan pengundi atas pagar. 

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

Katanya, trend itu jelas dilihat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) hanya berjaya menawan 11 kerusi.

“Banyak kerja-kerja saya sebelum ini bukan sangat dengan pengundi pakatan. Banyak kerja saya dengan pengundi atas pagar. 

“Jadi kalau ada sumbangan saya boleh buat, dan kita ada masa singkat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), mungkin tiga bulan, mungkin empat bulan. Jadi masanya adalah sekarang untuk saya datang dalam keadaan sumbangan saya Insya-Allah mungkin boleh membantu sedikit sebanyak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam penstriman langsung program temu bual, Terus Terang Edisi Terpaling di Facebook, malam tadi.

Program tersebut turut menampilkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, manakala Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Nor bertindak selaku moderator.

Pada masa sama Rafizi turut menegaskan keadaan politik di Malaysia sudah menjadi persaingan membabitkan tiga gabungan iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan PH.

Katanya, dinamik politik tiga gabungan pilihan rakyat sebenarnya tertumpu kepada dua gabungan teratas. 

“Kalau sesuatu gabungan itu menjadi yang ketiga, selalunya pengundi atas pagar akan memilih hanya gabungan dua teratas.

“Dan gabungan ketiga itu akan berada jauh di belakang seperti yang dapat kita lihat berlaku di United Kingdom (UK),” katanya.

Rafizi menyuarakan kebimbangan, PH akan menjadi gabungan ketiga menjelang PRU-15 sekiranya dinamik politik itu tidak diubah segera.

“Dalam politik tiga gabungan, kita kena berhati-hati sama ada PH masih menjadi dua gabungan teratas atau sudah terpelanting ke tempat ketiga. Apabila sudah terpelanting menjadi tempat ketiga, kesannya kepada masa depan politik (ialah) negara akan dimonopoli dua gabungan yang tak ada beza dari segi pembawaan dan penawaran kepada rakyat. 

“Satu yang mengaku Melayu, satu pun mengaku Melayu juga. Jadi dia akan bersaing dengan siapa lebih Melayu, sedangkan dalam keadaan cabaran dari segi dasar, ekonomi, teknologi jauh lebih hebat sekarang berbanding lima, 10 tahun lepas,” katanya.

Susulan itu beliau berkata, sekiranya BN atau UMNO itu lebih menekankan soal perkauman, maka PH memerlukan gabungan yang progresif agar rakyat boleh membuat pilihan.

“Kalau PH terpelanting menjadi gabungan ketiga, rakyat terutamanya pengundi atas pagar, hanya ada dua pilihan ini dan ia tidak akan membantu negara.

“Jadi kita perlukan persaingan dua teratas itu yang betul-betul berbeza dengan yang lain,” katanya.

Dedah Rafizi lagi, simulasi yang dilakukan semasa PRN Johor tempoh hari menunjukkan hampir 40,000 pengundi atas pagar memindahkan undi mereka kepada BN dan PN.

“Pada waktu itu saya sendiri sudah merasakan berdasarkan data itu, selepas hampir dua, tiga tahun dan beberapa siri PRN yang berlaku, sebenarnya PH sudah hilang sokongan pengundi atas pagar.

“Dan sebab itu bukan lagi soal strategi atau beberapa kesilapan, ia lebih dalam daripada itu. Soal naratif dan kalau ini tidak diperbetulkan, maknanya masuk PRU akan datang PH akan berada di tempat ketiga,” katanya.

Beliau menarik perhatian, persaingan utama untuk pengundi atas pagar sebenarnya berpusatkan antara PN dan BN. 

“Jika itu terus berlaku ia akan membawa kesan mendalam dalam politik Malaysia, maknanya persaingan politik negara akan didominasi dua gabungan yang tidak akan bawa idea baharu,” katanya.

Sementara itu, Rafizi turut menafikan dakwaan bahawa beliau berundur dari pentas politik sebelum ini kerana merajuk.

“Selalunya saya tak ambil port orang cakap merajuk atau masuk gua ke. Kalau nak ikutnya banyak orang dah kata macam-macam sejak 10, 15 tahun lepas.

“Cuma bagi saya  dalam parti yang menimbulkan soal ini, orang kurang selesa kalau saya kembali, itu saya fahamlah. 

Ini kerana saya ada pemikiran yang jelas, gaya buat kerja berlainan, jadi saya tak suka orang bersembang tapi kerja tak jalan. Jadi ada pihak tertentu tak selesa,” katanya.

Malah beliau berkata, dakwaan itu sengaja ditimbulkan pihak tertentu untuk dijadikan sebagai bahan kempen.

“Sebenarnya soal merajuk tu tak timbul kerana rekod saya sebenarnya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang selalu mengungkit, merajuk dan sebagainya.

“Ia digunakan sebagai satu bahan kempen. Saya fikir mereka tak ada benda lain nak digunakan sebagai bahan kempen, sebab itu saya tak nak sangat menjawab,” katanya.

Jelas Rafizi lagi, kemunculannya semula kali ini diharap dapat membantu PH mendapatkan semula sokongan rakyat.

“Kita mungkin kalah banyak kerusi dan kita mungkin gabungan nombor tiga yang rakyat tak pandang sekarang ini. Jadi kempen kami, kandungan kami, saya lebih berminat tumpu bagaimana untuk kita mendekati rakyat balik.

“Saya harap semua yang bertanding dalam pemilihan PKR kali ini, cuba tumpukan yang itu. Tunjukkan bagaimana kamu boleh bawa nilai tambah supaya kita boleh meningkatkan sokongan rakyat kepada parti, sebab kalau menang pemilihan pun parti ruyup buat apa,” katanya. - Getaran, 20 Mac 2022

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM

Semasa 53 minit yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 34 minit yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran