web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Tahu Ada Gerakan 'Hulur Wang' Desak Pemilihan Disegerakan – Ahmad Zahid 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 3:28PM

Perwakilan tekun mendengar ucapan dasar Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di WTC, hari ini. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat gerakan yang ‘membayar’ akar umbi supaya pemilihan parti diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, gerakan tersebut bukan sahaja turun ke Bahagian, malah menghadiri persidangan sayap UMNO, iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri.

“Dalam pilihan raya di Melaka dan Johor, turun jumpa G7 pun bayar. Saya tahu, ini dunia tanpa sempadan, semua orang tahulah.

“Lupakan itu semua, yang penting kita semua bersatu hati menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) bersama-sama.

“Saya yakin mereka tiada sebarang motif, ini kawan-kawan saya, saya kenal. Sekilas ikan di air, saya kenal jantan betina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Syeda Imran
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Syeda Imran

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan sebanyak 186 daripada 190 bahagian yang mengadakan Mesyuarat Perwakilan di Bahagian masing-masing bersetuju pemilihan diadakan selepas PRU-15.

“Ini bukan keputusan saya. Ini keputusan saudara-saudari sewaktu Mesyuarat Perwakilan di Bahagian masing-masing. Sudah menjadi kelaziman sebelum ini bahawa pemilihan parti diadakan selepas PRU. 

“Bertahun-tahun ia diamalkan. Adakah wajar kita mengubah tradisi ini? Janganlah kita memakai kasut sebelum menyarung stokin! Ya, kita hormati saranan sebilangan kecil yang mahukan pemilihan diadakan sebelum PRU. 

“Ini sekadar cadangan yang melambangkan wujudnya demokrasi dalam parti. Kita percaya mereka tiada sebarang motif. Jika sesuatu mesyuarat semuanya dianggotai oleh ‘yes man’, tak perlulah bermesyuarat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pemilihan UMNO akan diadakan pada 29 Disember ini berdasarkan tarikh akhir ditetapkan parti dengan persetujuan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Justeru, katanya sesiapa sahaja terbuka untuk bertanding pada pemilihan tersebut.

“Jawatan presiden kalau Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) berani… bertanding. Jawatan timbalan presiden siapa berani lawan Tok Mat. Tiga jawatan naib presiden lawan. Eh kita tak takutlah,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid meminta mana-mana individu yang mahu bersaing pada pemilihan terbabit supaya mengamalkan politik bersih.

“Jangan gunakan duit, jangan, budaya ini buruk. Ya, duit bukan segala-galanya. Bukan saya tidak tahu, sekarang pun sudah ada berpasang-pasangan, ada cai, ada papan, saya tahu. 

“Jangan ingat Presiden tak tahu. Presiden dulu pernah jadi Menteri Pertahanan ada orang di bawah dia. Presiden juga pernah jadi Menteri Dalam Negeri ada juga SB (cawangan khas) bawah dia. Tahu-tahu siapa pengurus kempen dia, siapa ketua pengurus,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid mendedahkan beliau menyedari wujud sikap ‘berpuak-puak’ dalam kalangan tertentu parti menjelang pemilihan tersebut.

Katanya, walaupun beliau dilihat berdiam diri dan bertolak-ansur, perkara yang berlaku itu disedarinya.

“Janganlah uji saya banyak-banyak. Usahlah asak saya sampai ke dinding. Saya tidak maksum. Saya tidak sempurna. Setiap perbuatan kita perlu ada hadnya! 

“Saya tidak ambil kisah dengan serangan orang luar, alah bisa tegal biasa. Tetapi saya kecewa dengan mereka yang menjadi api dalam sekam, gunting dalam lipatan, mengkhianati parti dari dalam,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menyeru semua perwakilan agar ikhlas dan jujur dalam persahabatan.

“Sedarlah! Budaya kita tidak mencerca kawan, biar kita dinista dari segenap arah. Namun kita perlu sentiasa waspada. We have to draw the line dalam persahabatan.

“Ada kawan bersama kita sehingga akhir hayat. Malah, ada kawan meninggalkan kita sewaktu kita susah dan ada pula berkawan dengan kita secara bersyarat. 

“Jadi, pilihlah kawan yang benar-benar ikhlas dan jujur. Pilihlah kawan dunia akhirat. Pilihlah kawan taat dan setia kepada parti. Dalam lawan ada kawan, dalam kawan ada lawan,” katanya. - Getaran, 18 Mac 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 12 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM