web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Wujud Perjanjian 'Lompat Parti' Untuk Semua Pilihan Raya

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 1:21PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan mewujudkan perjanjian dengan semua calon yang bertanding di bawah tiketnya pada mana-mana pilihan raya, bagi memastikan mereka 'didenda' sekiranya melompat parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pilihan raya itu adalah Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU).

Katanya, BN yakin kemenangan dan pemerintahannya di Melaka serta Johor adalah atas keputusan majoriti rakyat yang memilih jenama parti itu, bukan kerana individu bertanding.

“Tiada apa lebih besar daripada parti. Itulah sebabnya kita proaktif mewujudkan perjanjian ini. Mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat, kita pastikan mereka membayar dengan harga mahal.

“Kita tidak mahu siri lompat-melompat berterusan selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Perwakilan mendengar ucapan menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di WTC.
Perwakilan mendengar ucapan menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di WTC.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, terdapat golongan tidak tahu berterima kasih dan lupa bahawa mereka mendapat jawatan serta kuasa disebabkan sokongan parti. 

Namun, katanya, apabila berkuasa, pemimpin dan kepimpinan parti itu diberikan pelbagai gelaran serta kluster.

“Jika mereka bercakap benar, kenapa masih meminta golongan ‘kluster mahkamah’ terbabit untuk menyokong mendapatkan kuasa dahulu?

“Bukankah sokongan sebegitu tidak bermoral? Jelas, mereka hanya berminat untuk terus menerus berpolitik tanpa mengambil kira kepentingan rakyat. Ingat, kluster Putrajaya itu hanya belum dikenakan dakwaan dan belum dibersihkan daripada cakap kedai kopi,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, selepas mendapat sokongan, mereka yang berkuasa itu tidak mahu memberikan jawatan kepada penjawat dalam parti walaupun individu berkenaan lebih berhak dan lebih berketerampilan untuk mewakili parti dalam kerajaan.

“Hanya pemimpin lemah yang tidak mahu orang bijak pandai dan berketerampilan membantu memimpin serta membina negara. Weak leader chooses weak followers!,” katanya. – Getaran, 18 Mac 2022
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 9 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan