web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAU 2021 Buka Tirai Malam Ini, Jangka Ketengah Pelbagai Isu Panas

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Mar 2022 5:17PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas ditangguhkan pada pertengahan Januari lalu akibat bencana banjir, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 membuka jendela selama empat hari, bermula malam ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Acara ditunggu-tunggu seluruh pemimpin, perwakilan dan akar umbi parti itu, selain penganalisis serta ‘penggemar’ politik tanah air akan dimulakan dengan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan pada jam 8 malam nanti.

Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri mengisi tentatif sepanjang hari bagi hari kedua yang akan berlangsung seawal jam 8 pagi, esok.

Hari ketiga akan menyaksikan acara menaikkan bendera UMNO, manakala keesokannya iaitu hari keempat adalah pembukaan PAU 2021.

Hari terakhir akan dipenuhi dengan perbahasan bermula jam 9 pagi hingga lewat petang.

Di sebalik keterujaan semua pihak terbabit, PAU 2021 dijangka menyaksikan beberapa isu panas dibahaskan perwakilan, termasuk kelulusan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jangkaan itu berlandaskan desakan dan permintaan pelbagai pihak, bukan sahaja pihak luar dan blok pembangkang, malah ahli parti sendiri yang memperjuangkan perkara terbabit sejak awal.

Walaupun Ismail Sabri sudah menyelesaikan tuntutan itu, beliau mungkin dianggap sudah terlambat bertindak walaupun isu berkenaan dibawa beberapa kali, termasuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, baru-baru ini.

Seperti ramalan Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi kepada Getaran terdahulu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali turut menjangkakan isu pelantikan Menteri Besar Johor selepas Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya negeri berkenaan pada Sabtu lalu, dibangkitkan malah ia mungkin dizahirkan perwakilan dari negeri lain.

“Isu ini sedang panas, termasuk selepas Tan Sri Shahrir Samad pun bangkitkan menerusi media sosial bahawa UMNO mengaibkan kerana memperlekehkan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), kononnya tidak ada calon Menteri Besar.

“Tiba-tiba apabila BN menang, calon Menteri Besar parti ini tidak terpilih pula, seolah-olah UMNO Johor tidak dihormati dan tidak boleh buat apa-apa.

“Sendiri cakap tetapi akhirnya kena balik kepada diri sendiri, sehingga Shahril kata beliau malu nak pergi perhimpunan (PAU 2021) kerana tak tahu apa harus dijawab jika ditanya mengenai kemelut Menteri Besar ini. Ini isu panas jadi saya rasa akan dibahas juga,” katanya ketika dihubungi.

Mazlan berkata, selain itu perkara mungkin dibincangkan pada PAU 2021 adalah hala tuju parti Melayu terbesar berkenaan adalah persiapan bakal disusun bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 (PRU-15) atau pilihan raya di negeri lain.

“Mungkin ada desakan daripada akar umno UMNO pada perhimpunan kali ini, mereka sudah merancang semua  perkara dan agenda itu,” katanya.

Dianjurkan sebagai medan perbincangan dan perbahasan berhubung segala isu sama ada berbangkit atau perkara baharu ‘di bawah satu bumbung’, PAU pada tahun ini dijangka dihadiri 5,571 perwakilannya, termasuk anggota sayap dan 21 individu daripada 13 kedutaan.

Sebanyak 53 agensi media membabitkan media cetak dan elektronik dari 38 agensi tempatan serta 15 antarabangsa dengan 462 petugas media berdaftar ke PAU 2021. - Getaran, 16 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Hadiri Perhimpunan Agung UMNO

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Dakwa Usul Tambahan Langgar Perlembagaan UMNO, RoS Digesa Siasat

3

Politik 3 tahun yang lalu

Dulu Mereka Kata Kita Kluster Mahkamah, Nanti Mereka Pula - Zahid

4

Politik 3 tahun yang lalu

Pertandingan Jawatan Tertinggi Parti Boleh Sebabkan Perpecahan UMNO - Mohamad

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 12 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad