web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pertandingan Jawatan Tertinggi Parti Boleh Sebabkan Perpecahan UMNO - Mohamad

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 7:11AM

Mohamad Hasan - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam usaha parti untuk bangkit semula selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pertandingan bagi jawatan tertinggi parti termasuk presiden pada pemilihan akan datang, sedikit sebanyak boleh menyebabkan perpecahan dalaman.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dalam keadaan UMNO yang disifatkannya sedang ‘jatuh’ sekarang, adalah lebih wajar untuk jawatan itu tidak dicabar.

“Kalau boleh dalam keadaan kita jatuh terduduk ini, sebaiknya jawatan presiden dan lain-lain itu eloklah menang tanpa bertanding, kerana kalau bertanding sedikit sebanyak ia akan menyebabkan perpecahan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini malam tadi.

Bagaimanapun, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, terbuka untuk menerima cabaran daripada mana-mana pihak bagi jawatan timbalan presiden dan mempertahankannya pada pemilihan yang dijangka diadakan pada pertengahan tahun ini.

“Saya terbuka… (untuk) siapa yang nak bertanding (lawan), saya mempertahankan (jawatan timbalan presiden), saya tiada isu,” katanya.

Sementara itu menjawab mengenai jawatankuasa yang diketuai Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, bagi meneliti beberapa usaha termasuk kerjasama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Mohamad berkata jawatankuasa itu akan membentangkan hasilnya kepada UMNO sebelum membuat sebarang keputusan.

“Jawatankuasa ini akan berjumpa, teliti pandangan semua pihak, jangan pandang di dalaman sahaja, kumpulkan (pandangan) sama ada baik untuk parti ataupun tidak, kerana kita nak parti bangun semula,” katanya.

Ditanya adakah BN akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk PRN itu, Mohamad berkata UMNO belum membuat keputusan dan jawatankuasa berkenaan, belum bersidang.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Mohamad berkata Asyraf Wajdi diberi tanggungjawab sebagai ketua sekretariat oleh presiden UMNO, untuk meneroka ‘jalan’ terbaik bagi parti dalam menghadapi PRN akan datang melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembulan, Selangor dan Pulau Pinang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish