web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dulu Mereka Kata Kita Kluster Mahkamah, Nanti Mereka Pula - Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 2:44PM

UMNO berpendapat agar soal tatakelola kerajaan mesti dijalankan dengan telus. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO mendesak agar audit forensik dilakukan terhadap pentadbiran kerajaan sebelum ini bagi memastikan ketirisan yang berlaku dapat ditampung segera.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, agensi penguatkuasaan harus mengambil tanggungjawab kerana ia adalah harapan rakyat dan menjadi kewajipan kerajaan untuk memastikan harapan itu ditunaikan.

“Kita akan terus meminta bahawa mereka yang selama ini bersembunyi di bawah permaidani harus disiasat, harus juga diambil tindakan. Dulu mereka mengatakan kita kluster mahkamah, nanti kita melihat mereka pula kluster mahkamah.

“Perkembangan mutakhir, menyaksikan berlakunya penahanan berhubung siasatan penyalahgunaan dana awam melebihi RM90 bilion, ini adalah satu permulaan yang baik. Mungkin banyak lagi, mungkin ramai lagi.

“Tetapi kita lihat ini adalah isyarat yang jelas akan komitmen kerajaan untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab terhadap ketirisan, dan penyelewengan harus disiasat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Zahid berkata, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, UMNO berpendapat agar soal tatakelola kerajaan mesti dijalankan dengan telus.

“Kita juga mendengar desakan dan tuntutan agar audit forensik terhadap perjalanan kerajaan sebelum ini dilakukan. Ketirisan yang berlaku perlu ditampung segera. Punca ketirisan mesti disiasat.

“Prihatin atau bersih, sama-sama kita tunggu. Apakah prihatinnya demi rakyat atau demi anak menantu? Bersihnya pula apakah kepada pulangan komisen yang diperolehi.  Sama-sama kita nantikan,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, siasatannya terhadap dakwaan salah guna dana pakej rangsangan ekonomi ketika COVID-19 tertumpu kepada sejumlah peruntukkan RM92.5 bilion yang dibelanjakan kerajaan terdahulu.

Katanya, Kementerian Kewangan sudah memperincikan butiran dana itu di bawah pakej rangsangan ekonomi pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan pandemik COVID-19.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati jumlah peruntukan itu dianggarkan berjumlah RM530 bilion, dan berdasarkan jumlah tersebut, RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

Susulan penemuan, SPRM dikatakan bakal memanggil mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan dua bekas menteri untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Pada 6 Januari lalu, SPRM menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat swasta kerana disyaki menjadi dalang dalam pengagihan projek kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sepanjang 2020 hingga 2022.

Sumber berkata, lelaki 42 tahun itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan dalam siasatan kes berkenaan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya pada 5 Januari lalu. - Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

2

Politik 2 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

3

Politik 2 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

4

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad