web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peratusan Keluar Mengundi Rendah, Kurang Penekanan Undi18 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 8:54PM

Atiqah Salehuddin (kanan) dan adiknya Athirah mengundi di SMK Aminuddin Baki Perling pada PRN Johor. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peratusan keluar mengundi yang rendah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlaku kerana pihak berwajib kurang memberi penekanan terhadap promosi 
Undi18.

Penganalisis Sosio Politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, kehadiran pengundi muda jelas kurang menyerlah dan pihak terlibat seharusnya mempromosikan Undi18 secara lebih agresif.

Beliau yang juga Pensyarah Jabatan Sosiobudaya, Akademi Pengajian Melayu berkata, suara generasi muda seharusnya diberi perhatian bagi membolehkan sistem sedia ada, khususnya pendidikan ditambah baik.

“Saya lihat, walaupun Undi18 ini kali pertama dilakukan, penganjur tidak memainkan peranan sewajarnya menyebabkan sambutan amat hambar,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr Awang Azman Awang Pawi
Dr Awang Azman Awang Pawi

Menurut beliau, dengan keputusan yang akan diketahui beberapa jam lagi, potensi untuk Barisan Nasional (BN) menang dalam PRN Johor adalah sangat tinggi.

“Di antara Perikatan Nasional (PN) dan BN, saya dapat rasakan bahawa BN lebih cenderung untuk menarik minat pengundi serta menang di PRN Johor.

“Ia kerana dari segi akar umbi dan jentera, kita lihat BN lebih kuat berbanding jentera lain. Malah jika dilihat, BN benar-benar melakukan tugas turun padang dari rumah  ke rumah serta berjumpa penduduk dan kerjasama parti mereka lebih menyeluruh,” katanya.

Jelas Awang Azman, beliau optimis BN sudah mendahului perlawanan kali ini.

“Memandangkan kerajaan Johor ketika kini ditadbir oleh BN, maka keyakinan rakyat kepada manifesto yang dijanjikan parti itu lebih mendalam dan meliputi pelbagai aspek.

“Hal ini disebabkan gabungan itu mempunyai kelebihan dengan pelbagai manifesto yang diyakini oleh pengundi. Kita juga lihat bagaimana sekongan terhadap PN agak kurang berbanding BN,” katanya. - Getaran, 12 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad