web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengundi Muda Perlu Tolak Pemimpin Korup, Tiada Integriti 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 9:12PM

Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar, layak mengundi pada PRN Johor esok. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Esok, 12 Mac, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal menjadi medan bagi golongan berusia 18 hingga 20 tahun merasai sendiri pengalaman keluar dan melalui proses mengundi bagi memilih wakil rakyat pilihan mereka.

Penyertaan golongan itu dilihat mampu menjadi ujian awal dan penanda aras demi mengukur kematangan pengundi muda dalam proses demokrasi negara. 

Sehubungan itu, anak muda perlu bijak menilai secara matang setiap janji manis ditabur oleh parti politik yang bertanding sebelum keluar mengundi.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Ilyas Abdullah berkata, golongan terbabit harus membuktikan bahawa penyertaan mereka dalam proses pilihanraya adalah tepat dan diperlukan.

Dr Ilyas Abdullah
Dr Ilyas Abdullah

Menurut beliau, ini kerana pembabitan anak muda mampu mengubah landskap politik negara selari dengan proses pendemokrasian. 

"Pendekatan identifikasi parti juga harus dielakkan oleh pengundi muda. Mereka harus keluar daripada sikap terlalu taksub dan bersikap kepartian sebaliknya perlu berasaskan sentimen semasa.

"Pengundi muda harus memilih parti yang mampu menawarkan kualiti berpolitik di samping matang dan progresif dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab diberikan," katanya kepada Getaran, hari ini. 

Walaupun hakikatnya tiada parti yang mempunyai kualiti seperti itu, Ilyas menegaskan pengundi muda harus bijak membuat pilihan seiring dengan aspirasi politik golongan tersebut. 

"Pengundi muda harus menunjukan jalan keluar kepada elit politik yang tiada kualiti, korup dan tiada intergriti tanpa mengira fahaman.

"Ini perlu dilakukan oleh anak muda agar perwakilan yang berada di Dewan Legislatif benar-benar layak diangkat sebagai pemimpin," katanya. 

Beliau turut menggesa generasi muda untuk tidak terlalu terikat dengan politik budi seperti diamalkan oleh generasi lama. 

Justeru, Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UiTM Pahang, Kampus Raub itu berkata, pengundi muda harus menilai parti mana yang mampu memenuhi aspirasi pengundi muda agar tidak terjerat dengan janji populis ahli politik. 

"Ramai kini lebih terarah kepada sentimen semasa yang melingkari kehidupan mereka. 

"Isu seperti peluang pekerjaan, kenaikan harga barangan, isu pinjaman pendidikan dan perumahan merupakan antara agenda utama yang sering menjadi topik perbincangan," katanya. 

Sementara itu, Ilyas berkata, parti politik yang bertanding pada PRN Johor juga mula menampilkan calon muda dan ia merupakan strategi bagi menarik sokongan golongan terbabit.

Bagaimanapun, menurut beliau, calon muda ditampilkan itu haruslah mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin di samping mempunyai latar belakang pendidikan serta sahsiah yang baik. 

"Kita tidak mahu calon sekadar muda dari segi umur sahaja. Rasionaliti dalam berpolitik harus dijadikan sandaran paling utama agar landskap politik negara dapat diubah menjadi lebih matang, unggul dan dihormati. 

"Sifat ketaksuban dalam berpolitik hanya membawa kepada penutupan minda serta menjurus kepada kesilapan yang berulang-ulang," katanya. 

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar Bernama
Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar Bernama

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pernah menjelaskan, kerajaan terpaksa bergerak pantas termasuk penyelarasan data terkini direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kemasukan Undi 18.

Menurut beliau, seramai 6.3 juta rakyat termasuk yang belum mendaftar sebagai pengundi, berpeluang menjadi pemilih pada PRU-15, membabitkan 1.2 juta remaja berusia 18 tahun hingga 21 tahun.

Ia turut melibatkan 4.4 juta lagi individu berumur 21 tahun ke atas yang langsung tidak pernah mendaftar.

Umur mengundi minimum diturunkan kepada 18 daripada 21 selepas Rang (Pemindaan) Perlembagaan 2019 diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019, diikuti kelulusan Dewan Negara pada 25 Julai 2019.

PRN Johor akan menyaksikan pertambahan signifikan jumlah pengundi baharu sebanyak 30 peratus, iaitu 749,731 pengundi hasil pelaksanaan Undi 18. 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pengundi di Johor ialah 2.5 juta berbanding 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018. - Getaran, 11 Mac 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 11 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM