web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor, Persiapan Akhir Semakin Rancak

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 6:55PM

Sebanyak 1,021 pusat mengundi dan 4,638 saluran akan dibuka melibatkan 49,290 petugas pada PRN Johor esok. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Debaran kemuncak Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin terasa apabila petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat mula sibuk mempersiapkan pusat mengundi bagi kegunaan esok.

Tinjauan di beberapa pusat mengundi sekitar bandar raya ini mendapati, kebanyakan saluran sudah hampir dilengkapi dengan peralatan disediakan petugas SPR sebelum semua peti undi dibawa masuk.

Seorang petugas SPR menandakan garisan pada persiapan akhir sebelum PRN Johor esok.
Seorang petugas SPR menandakan garisan pada persiapan akhir sebelum PRN Johor esok.

Petugas SPR dilihat turut menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pengundi.

Antaranya, mereka dilihat mengukur dan menanda jarak satu meter pada barisan pengundi, selain jarak antara pengundi dengan petugas SPR khususnya ketika proses semakan nama dan proses mencelup dakwat.

Sebanyak 1,021 pusat mengundi dan 4,638 saluran akan dibuka esok, melibatkan 49,290  petugas.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah menjalankan semakan ke atas semua peralatan seperti peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi, petak undi dan sebagainya sejak pagi tadi.

Katanya, ia bagi memastikan semua peralatan atau kelengkapan bagi pengundian pada hari esok lengkap dan berkeadaan baik. 

"Peralatan ini diagihkan kepada Ketua-Ketua Tempat Mengundi (KTM) bagi setiap saluran mengundi," katanya.

Menurut SPR, seramai 2,539,606 orang pemilih bakal mengundi pada PRN esok.

Mereka boleh mula keluar mengundi seawal jam 8 pagi hingga 6 petang.

Tepat jam 11.59 minit malam ini pula, kempen atau aktiviti merayu undi melibatkan semua calon bertanding, ahli atau penyokong parti akan ditamatkan serta merta. -  Getaran, 11 Mac 2022

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

oleh Sophia Ahmad