web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kim Yew Bukan Ahli PEJUANG, Hanya Hadir Sokong Tun M

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 5:08PM

Lee Kim Yew (kanan) bersama Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Makan Tengah Hari Dewan Perhimpunan Cina Ayer Hitam di Johor, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Kemunculan Pengerusi Country Height Holding Berhad, Tan Sri Lee Kim Yew bersama Tun Dr Mahathir Mohammad pada majlis makan tengah hari bersama Ahli Dewan Perhimpunan Cina Ayer Hitam, menimbulkan persoalan adakah taikun perniagaan itu menyertai parti berkenaan.

Ia selepas Kim Yew ketika majlis itu, menggesa masyarakat Cina agar mengundi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PEJUANG, Ulya Aqamah Husamudin menegaskan, Kim Yew bukan ahli parti terbabit seperti didakwa. 

“Beliau (Kim Yew) bukan ahli parti kerana PEJUANG ditubuhkan hanya untuk Bumiputera, jadi beliau tidak boleh menjadi ahli walaupun mahu bersama,” katanya ringkas kepada Getaran, hari ini. 

Lantaran itu, Ulya menegaskan kehadiran Kim Yew hanya sekadar turun padang bagi memberi sokongan kepada Dr Mahathir yang juga Pengerusi PEJUANG. 

“Saya rasa ini kali pertama Tun Dr Mahathir keluar selepas beliau sembuh dan dibenarkan pulang dari Institut Jantung Negara (IJN). 

“Justeru, kemunculannya (Kim Yew) hanya mahu menunjukkan sokongan kepada Dr Mahathir,” katanya. 

Semalam, Kim Yew pada acara itu, memuji Dr Mahathir atas eksploitasi dan kehebatannya dalam memimpin Malaysia ketika menjadi Perdana Menteri Ke-4.

Beliau berkata, Malaysia akan menghadapi masalah besar ketika krisis kewangan Asia 1997 sekiranya Ahli Parlimen Langkawi itu tidak memimpin negara. 

Jelasnya, Dr Mahathir juga tidak mempunyai kepentingan peribadi dan menyertai politik semata-mata demi menyelamatkan kepentingan negara walaupun sudah bersara dari arena itu selama 15 tahun.

Pada masa sama, taikun hartanah itu turut menyindir mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan meminta agar masyarakat cina tidak terpedaya sikap individu yang disabitkan kesalahan di mahkamah.

Terdahulu, masalah kesihatan dihadapinya tidak menghalang Dr Mahathir untuk tetap bersemangat turun padang berkempen pada PRN Johor. 

Mantan Perdana Menteri itu ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, semalam dalam siri kempennya di kerusi ditandingi Ketua PEJUANG Johor, Shahruddin Md Salleh. - Getaran, 4 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad