Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Jurang Jantina Meluas Di PRN Johor, Adakah Wujud Diskriminasi Gender?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 8:41AM

Marina Ibrahim, salah seorang calon wanita yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung ketika ini, menyaksikan seramai 239 calon daripada 11 parti politik dan Bebas ‘berentap’ untuk merebut kerusi ditandingi, masing-masing di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jumlah calon itu adalah lebih ramai berbanding beberapa PRN dilaksanakan sebelum ini, termasuk di Melaka yang menampilkan 112 calon di 28 DUN, November tahun lalu.

Selain saiz negeri berkenaan yang besar dan jumlah DUN lebih banyak, penganalisis politik berpandangan, faktor tambahan yang menyebabkan parti politik mahu meletakkan calon di semua kerusi atau di hampir setiap kerusi adalah disebabkan PRN Johor menjadi penanda aras atau indikator bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ia adalah untuk melihat sejauh mana prestasi serta penerimaan rakyat terhadap parti politik serta pemimpin.

Bagaimanapun, di sebalik perkara itu, timbul dakwaan bahawa PRN Johor seolah-olah mendiskriminasi wanita apabila jumlah calon daripada kaum hawa hanya 37, berbanding 202 calon lelaki.

Dr Kartini Aboo Talib
Dr Kartini Aboo Talib

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib berkata, jumlah pembabitan wanita sebagai calon pilihan raya itu adalah perkembangan amat baik yang seiring dengan agenda pembangunan negara.

Katanya, perkembangan itu jelas kelihatan apabila jumlah kerusi ditandingi calon wanita adalah 37 calon daripada keseluruhan 56 kerusi.

“Jumlah calon wanita bagi semua parti politik ditandingi, iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) adalah 30 daripada 56 yang bermakna penyertaan kaum ini adalah sebanyak 53.57 peratus.

“Jumlah tersebut adalah kenaikan amat bagus jika dibandingkan dengan PRU-14 pada tahun 2018 yang hanya menyaksikan seramai 16 calon wanita bertanding atau hanya 28.57 peratus,” katanya ketika dihubungi.

Kartini berkata, sekiranya dilihat dari segi peratusan wanita dan lelaki secara umum, iaitu wanita 37 dan lelaki 202, ia bukan isu besar kerana sememangnya  parti politik, khususnya parti baharu, seperti Parti Warisan Sabah (WARISAN), Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) akan meletakkan calon mengikut keupayaan dan kapasiti parti masing-masing.

"Penyertaan ini walaupun kecil harus dikira, malah setiap parti politik mengetengahkan calon wanita terkuat mereka, seperti BN dengan lapan calon, PH (10), PEJUANG (6) serta PN (5) mengikut keupayaan dan kapasiti parti masing-masing. Tiada diskriminasi kepada calon wanita di PRN Johor kalau diperhatikan jumlah kerusi ditandingi mereka di negeri berkenaan,” katanya.

Menurut Kartini, senario politik Malaysia yang bersifat terbuka kepada wanita juga tidak mengenepikan peluang kaum itu untuk menang di DUN ditandingi, walaupun di kerusi menyaksikan banyak penjuru yang membabitkan semua lawannya adalah lelaki

“Ini terbukti pada PRN ke-14 di DUN Johor tertentu yang dimenangi calon wanita, berlawan pula empat penjuru dengan tiga calon lain adalah lelaki.

“Maknanya pengundi memilih wakil dan pemimpin merentasi gender dan tidak meletakkan ia sebagai halangan,” ujarnya.

Amira Aisya Abd. Aziz, mewakili MUDA di kerusi DUN Puteri Wangsa.
Amira Aisya Abd. Aziz, mewakili MUDA di kerusi DUN Puteri Wangsa.

Ditanya apakah pendekatan atau ‘resepi’ boleh digunakan calon wanita untuk memenangi hati pengundi, antaranya seperti calon di DUN Kempas, Napsiah Khamis Maharan yang menjadi calon tunggal wanita untuk merebut kerusi berkenaan dalam pertandingan tujuh penjuru, Kartini berkata, ia mencakupi faktor diri calon terbabit sendiri, termasuk kecemerlangan prestasi sebelum itu, seperti jasa dan bakti kepada pengundi lokal.

Napsiah Khamis Maharan
Napsiah Khamis Maharan

Jelasnya, hubungan rapat dan mesra antara calon dengan pengundi serta latar belakang diri sebagai anak jati Johor turut memudahkan calon memenangi kerusi ditandingi.

Menurut Kartini, calon wanita juga boleh menjalankan usaha mendekati pengundi menerusi pelbagai pendekatan, sama ada kempen bersemuka atau rumah ke rumah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

“Calon boleh sediakan risalah dan mendapatkan nombor telefon pengundi di kawasan mereka untuk mengedarkan pautan berhubung kempen diadakan melalui media sosial, antaranya WhatsApp, selain mempromosikan program dilaksanakan atau dihadiri menerusi Facebook masing-masing.

“Malah, calon boleh menyampaikan agenda politik dan kempen menerusi pembesar suara menggunakan kenderaan di sekitar kawasan DUN. Calon harus peka dan prihatin dengan isu yang dekat dihati pengundi kawasan,” katanya.

Dr Sivamurugan Pandian
Dr Sivamurugan Pandian

Mengulas isu sama, penganalisis politik, Profesor Dr Sivamurugan Pandian bagaimanapun menyatakan kekurangan pembabitan wanita dalam bidang kepimpinan atau politik itu dicetuskan faktor ketidaksamaan gender.

Situasi itu, katanya, jelas kelihatan menerusi tindakan parti politik di Malaysia yang membariskan hanya 37 calon wanita pada PRN Johor.

“Terdapat banyak faktor tambahan menyebabkan kekurangan calon wanita dalam kalangan parti politik di negara ini, antaranya ketidakseimbangan dan ketidaksamaan jantina.

“Parti politik negara kita mungkin mempunyai kepentingan sendiri yang lebih  cenderung untuk memilih calon lelaki sebagai wakil mereka,” katanya.

Calon BN, Gan Qi Ru bertanding merebut kerusi DUN Bentayan.
Calon BN, Gan Qi Ru bertanding merebut kerusi DUN Bentayan.

Sivamurugan berkata, pembabitan wanita dalam bidang politik negara memberi isyarat bahawa kebanyakan parti yang bertanding pada PRN Johor, menyedari realiti keperluan politik semasa pengundi adalah turut memerlukan kaum hawa sebagai wakil rakyat untuk mendengar masalah mereka.

“Saya rasa wanita harus diberi peluang yang sama seperti lelaki di medan politik kerana dari segi peratusan mengundi lelaki dan wanita hampir sama.

“Wanita juga tidak boleh lagi memainkan peranan di belakang tabir, tetapi harus dipilih sebagai calon kerana mereka turut mempunyai kelayakan, kewibawaan dan ketokohan,” katanya.

Nurafiqah M Zulkifli dari MUDA bertanding di DUN Bukit Kepong
Nurafiqah M Zulkifli dari MUDA bertanding di DUN Bukit Kepong

Hakikat tidak boleh dinafikan, jelasnya, adalah wanita memiliki bermacam upaya, malah mempunyai kemampuan tertentu yang lebih unggul daripada lelaki.

Namun, Sivamurugan berkata, berkata, sayangnya kehidupan mereka selalu terpaksa akur kepada kehendak norma masyarakat yang meletakkan mereka sekadar penting untuk menguruskan rumah tangga.

“Sepatutnya calon wanita diperbanyakkan untuk menambah keseimbangan dan kesaksamaan jantina dalam politik.

“Keadaan parti politik di Malaysia menjadi faktor mereka sendiri merasakan kurang yakin dan tidak tampil ke hadapan,” katanya. - Getaran, 4 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 11 jam yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Babitkan 7 Kenderaan: 3 Penunggang Motosikal Dilaporkan Stabil