web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masalah Kesihatan Bukan Penghalang Tun M Turun Padang Ke Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 4:11PM

Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Program Aspirasi Johor, bagi membantu kempen untuk parti PEJUANG pada PRN Johor. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANGKAK - Masalah kesihatan dihadapinya tidak menghalang Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tetap bersemangat turun padang berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

Presiden PEJUANG, Datuk Seri Muhkriz Mahathir berkata, perkara terbabit membuktikan bahawa mantan Perdana Menteri itu serius membawa perjuangan parti kepada rakyat Johor.

Bagaimanapun, katanya, ahli keluarga sangat berhati-hati dengan pergerakan beliau yang berkempen di Machap.

“Macam mana pun, perjuangan beliau tidak ada titik noktah dan dia pun nak menyumbang supaya rakyat di Johor ini faham apa sebenarnya tujuan PEJUANG bertanding di Johor.

“Sebab itu beliau rasa terpanggil untuk hadir sendiri dengan tidak hanya melalui nukilan surat dan kenyataan yang dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan walkabout di Pasar Awam Tangkak bersama-sama calon Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, Muhammad Airel Zabridin di sini, hari ini.

Dr Mahathir Mohamad berucap pada Majlis Makan Tengahari bersama Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Cina, Kluang di Pitt Station, Ayer Hitam, hari ini. - Gambar Bernama
Dr Mahathir Mohamad berucap pada Majlis Makan Tengahari bersama Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Cina, Kluang di Pitt Station, Ayer Hitam, hari ini. - Gambar Bernama

Terdahulu, Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dijadualkan ke DUN Machap petang ini untuk siri kempen di kerusi ditandingi Ketua PEJUANG Johor, Shahruddin Md Salleh.

Mengulas lanjut, Muhkriz berkata, Dr Mahathir yang bersungguh-sungguh mahu turun padang bagi menyumbang kepada partinya agar mampu memberi saingan pada pilihan raya negeri itu.

“Tidak 100 peratus sembuh dan penularan COVID-19 pula, orang berusia ini mudah terkesan bila dijangkiti, tetapi dalam keadaan macam itu, Tun Mahathir nak sangat turun.

“Kami sangat berhati-hati sebab faktor usia beliau sudah 97 tahun dan baru sahaja pulih daripada sakit dan dirawat di Institut Jantung Negara (IJN). 

“Kita suruh dia berjaga-jaga, namun dia tahu tahap keupayaan kesihatannya dan kita sentiasa berbincang dengan pakar IJN apa boleh dilakukan ayah saya untuk datang ke Machap,” katanya.

Kemeja-t parti PEJUANG yang boleh diperolehi di kawasan kempen parti PEJUANG, pada PRN Johor. - Gambar Azim Abd Rahman
Kemeja-t parti PEJUANG yang boleh diperolehi di kawasan kempen parti PEJUANG, pada PRN Johor. - Gambar Azim Abd Rahman

Ditanya mengenai situasi di PRN Johor yang dilihat seperti lebih kepada pertembungan di antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), Mukhriz tidak pelik kerana dua gabungan itu mempunyai peruntukan amat besar untuk berkempen.

Namun, katanya, perkara itu bukan penghalang untuk rakyat membawa perubahan sepertimana UMNO tumbang di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menjadi kubu kuat parti tersebut.

Pada masa sama, katanya, PEJUANG berharap rakyat tidak melihat kepada parti atau pemimpin yang menunjukkan kemewahan dan keupayaan berbelanja besar, sebaliknya menilai dari aspek pihak mana mampu membela nasib mereka. 

“Seperti contoh harga barang naik yang masih tidak diselesaikan di mana peniaga tak sanggup letak harga mahal, namun terpaksa dan akan menyebabkan mereka kerugian kerana kos keuntungan semakin kecil. Perkara ini menyebabkan peniaga susah mencari makan,” katanya.

Selain itu, Mukhriz berkata, tujuan utama PEJUANG meletakkan calon Melayu di DUN Tangkak yang menjadi milik PKR adalah bagi menarik undi Melayu.

“Sebenarnya kita tak fikir panjang untuk letak calon di DUN Tangkak walhal tempat ini ditandingi calon Cina, namun ada peratusan pengundi Melayu yang agak signifikan atas sebab tiga lagi calonnya adalah Cina, termasuk dari PN.

“Maka ada peluang untuk calon Melayu tarik sokongan mengundi di sini, malah 41 kerusi lain ditanding PEJUANG semuanya kawasan majoriti Melayu. Ada kata undi Melayu akan berpecah dan undi bukan Melayu akan jadi penentu di sini, kita terbalikkan, cuba nasib boleh ke tidak menang,” katanya.

PEJUANG menampilkan calon paling muda, Muhammad Airel Zabridin, 26 di DUN Tangkak yang akan menentang penyandung kerusi itu dari Pakatan Harapan (PH), Ee Chin Li, Ong Chee Siang (BN), Dr Chong Fat Full (PN) dan Zainal Bahrom Kadir (Bebas).

Chin Li memenangi kerusi DUN Tangkak pada PRU-14 2018 dengan majoriti 5,077 undi. – Getaran, 3 Mac 2022.
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad