web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


WARISAN Cuba Ganggu Undi Pembangkang di Johor - Guan Eng

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 3:20PM

Guan Eng (kiri) dan Cai Tung (tengah) ketika mengadakan walkabout di Pasar Pagi Johor Jaya di Johor Bahru, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Penyertaan Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sekadar mahu mengganggu undi pembangkang dan bukan demi meraih kemenangan.

Perkara terbabit disuarakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memandangkan parti pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal itu, hanya meletakkan calon di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilihat tidak akan membawa sebarang perubahan, apatah mampu membentuk kerajaan.

Katanya, walaupun DAP menghormati hak dan keputusan WARISAN untuk bertanding pada pilihan raya berkenaan, namun tindakan itu seolah-olah memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional (BN).

“Kita hormat keputusan dan hak mereka untuk bertanding dalam demokrasi negara di mana-mana tempat, tetapi sekiranya mereka bertanding bukan untuk menang, bagaimana hendak buat perubahan.

“Macam Liow Cai Tung (calon DAP DUN Johor Jaya) beritahu, kita harap mereka jangan bertanding hanya untuk mengganggu undi pembangkang dan memberi laluan mudah kepada kerajaan sedia ada.

“Saya harap itulah yang harus kita dipertimbangkan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan program walkabout di Pasar Pagi Johor Jaya yang turut dihadiri Cai Tung di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, harapan DAP bagi memastikan kemenangan calon parti itu di mana-mana kerusi ditandingi, bukan sekadar untuk calon mereka berkhidmat dengan baik kepada rakyat selama ini.

Namun, katanya, apa lebih penting, kemenangan itu boleh menyumbang majoriti undi kepada Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan di negeri berkenaan.

Sementara itu, Cai Tung yang juga penyandang DUN sama selama dua penggal berkata, keputusan WARISAN bertanding di kerusi terbabit bukan ikhlas untuk berkhidmat demi rakyat, justeru beliau berharap pengundi dapat menilai perkara berkenaan.

Jelasnya, selama ini, beliau sentiasa menyantuni kira-kira 3,000 pengundi Sabah di kawasan DUN itu dan tidak pernah membezakan kaum, bangsa dan agama dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk.

“Kali ini WARISAN datang ke Semenanjung, saya anggap mereka cuma datang nak ganggu undi kita (DAP) di sini dan mereka tidak membawa satu hati yang ikhlas untuk berkhidmat buat rakyat atau penduduk setempat.

“Saya harap pengundi boleh nampak perkara ini dan jangan bagi WARISAN kacau undi kita di sini,” katanya.

Cai Tung bakal berdepan tiga pencabar, iaitu Chan San San dari BN, Chen Hain Kai (WARISAN) dan Datuk Dr Ker Ching Sheng (Perikatan Nasional atau PN).

Selepas dua penggal bertanding di kawasan itu, ini adalah kali pertama Cai Tung berdepan calon dari parti WARISAN. - Getaran, 27 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

2

Politik 7 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad