web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SOP PRN Johor Melayang Atas Nama Demokrasi - Anwar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 3:05PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang menurutnya 'melayang' atas nama prinsip demokrasi.

Meskipun SOP dilonggarkan, namun Anwar berpandangan, dengan lebih ramai populasi telah mendapat vaksin dan dos penggalak, maka SPR sepatutnya memberikan lebih banyak kelonggaran.

Jumaat lalu, SPR mengumumkan ceramah dan kempen hanya dibenarkan di pejabat parti serta bilik gerakan parti yang rasmi, dengan kehadiran tidak melebihi 100 orang.

Penganjur bagaimanapun perlu mendapatkan permit polis untuk mengadakan sesi ceramah, syarahan serta kempen dan aktiviti berkenaan hanya selama dua jam serta tidak melebihi 10 malam.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ceramah, syarahan dan kempen tidak dibenarkan diadakan di premis awam, manakala lawatan dari rumah ke rumah pula tidak melebihi lima orang dan tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah.

''SPR harus menegakkan penyertaan demokratik dan berdebat secara terbuka," kata Anwar kepada Getaran.

Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan menambah, walaupun kesihatan dan keselamatan awam adalah penting namun SOP boleh diperkenalkan untuk memastikan keselamatan orang ramai.

''Di sinilah pihak berkuasa harus memikirkan cara untuk memulihkan kehidupan seperti biasa dan hidup dengan COVID-19, bukannya memperkenalkan SOP yang cenderung untuk tidak menggalakkan kita kembali normal,'' katanya.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadualkan pada 12 Mac ini dengan 236 calon akan bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). - Getaran, 26 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad