web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN, PN Harus Ditolak Kerana Tidak Konsisten Melawan Korupsi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 8:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu berhenti berlakon untuk menunjukkan seolah-olah parti masing-masing lebih suci serta tidak korup.

Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chean Chung berkata, kedua-dua parti itu adalah sama, termasuk BN yang sinonim dengan penyelewengan dan budaya korupsi selama 60 tahun memerintah.

Katanya, tidak kira isu tercetus itu adalah membabitkan kluster mahkamah atau kluster lain, virus ditunjukkan tetap sama, justeru BN dan PN harus ditolak kerana tidak konsisten dalam melawan korupsi.

“Ambil isu saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), (Tan Sri) Azam Baki sebagai contoh, setakat ini tiada sebarang tindakan diambil.

“Maka, BN dan PN tidak perlu hipokrit kononnya menolak korupsi. BN dan PN sentiasa bisu dalam isu ini.

“Slogan Keluarga Malaysia ternyata hanya retorik untuk menutup kegagalan kerajaan,” katanya.

Chean Chung berkata, kedua-dua blok parti itu adalah kerajaan yang gagal menguruskan pandemik pada tahun lalu dan terus terbabit peperangan dalaman.

“Adakah rakyat boleh terus menaruh harapan kepada mereka? Tidak,” katanya.

Beliau berkata, berbeza dengan parti lain, tiada seorang pemimpin PKR pada masa ini dibicara di mahkamah berhubung soal korupsi.

Jelasnya, selama 23 tahun perjuangan, PKR masih konsisten memperjuangkan politik bersih dan telus melalui reformasi institusi serta kesedaran awam.

Dalam PRN Johor, katanya, PKR menawarkan dasar dan menampilkan pimpinan yang jelas menolak budaya korupsi.

“Maka atas semangat ini PKR melancarkan kutipan dana sempena PRN Johor menerusi produk Kemeja T dilancarkan yang tertera tulisan “Tolak Korupsi” dalam pelbagai Bahasa.

“Bagi mereka yang ingin menyumbang, boleh menyalurkannya ke akaun Parti Keadilan Rakyat (Hong Leong Bank) menerusi nombor 19901000076,” katanya, - Getaran, 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

2

Politik 2 bulan yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

4

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad