web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilihan PKR Ditangguh Mei, Guna Kaedah, Peruntukan Baharu

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 7:08PM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi sesi 2022 hingga 2025 ditangguh ke 13 hingga Mei, selaras dengan peruntukan Fasal 47.3 Perlembagaan PKR.

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemilihan tersebut akan dijalankan menurut kaedah dan peruntukan baharu, sesuai dengan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di dalam mesyuaratnya semalam.

“Pemilihan parti bagi kesemua jawatan  akan diadakan selama lima hari pada bulan Mei nanti, termasuk sayap wanita dan pemuda di peringkat cabang.

“Pemilihan turut diadakan pada tarikh sama bagi jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan jawatan yang sama di sayap wanita serta pemuda bagi peringkat pusat,” katanya.

Semalam, ketika mesyuarat MPP, PKR menetapkan 8 hingga 10 April sebagai hari pencalonan bagi peringkat cabang.

Pencalonan jawatan MPP pula akan ditetapkan pada 11 April depan dan kelayakan memilih hanya untuk ahli PKR yang berdaftar sebelum atau pada 31 Januari 2022 sahaja.

Jelas Saifuddin, daftar ahli parti untuk kegunaan pemilihan 2022 akan dikeluarkan kepada semua cabang mulai 24 Februari, manakala calon yang bertanding dalam apa jua peringkat jawatan akan dibekalkan dengan daftar pemilih parti selepas pencalonan mereka disahkan.

“Kelayakan untuk bertanding hanya untuk ahli PKR dengan dua pencalonan daripada ahli yang telah menjelaskan yuran keahlian dan layak mengundi.

“Pencalon juga perlu menjadi ahli parti tidak kurang daripada dua belas bulan dari 31 Januari 2022,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pengundian peringkat pusat dan cabang dijalankan secara pengundian digital (e-Voting) melalui kaedah hibrid iaitu undian atas talian dan secara fizikal.

PKR dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, pemilihan parti akan diadakan pada 22 hingga 29 April manakala Kongres Nasional dari 10 hingga 12 Jun ini.

Tempoh pencalonan pula pada awalnya dijadualkan 11 hingga 19 Mac, namun ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. - Getaran, 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad