web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kembalikan 35 Peratus Kerusi Parlimen Kepada Sabah Dan Sarawak - Jeffrey

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 3:36PM

Datuk Dr Jeffrey Kitingan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan Persekutuan perlu mengembalikan 35 peratus peruntukan jumlah kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak, seperti ketika awal pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, ia bertujuan bagi melindungi hak dan keistimewaan kedua-dua negeri, berbanding 25 peratus peruntukan kerusi Parlimen sedia ada.

“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1964 Sabah, Sarawak dan Singapura mempunyai 55 kerusi Parlimen iaitu 35 peratus daripada jumlah keseluruhan 159.

“Namun, apabila melihat jumlah kerusi Parlimen seluruh negara hari ini yang mencecah 222 kerusi, hanya 56 kerusi diperuntukkan untuk negeri Borneo iaitu 31  di Sarawak dan hanya 25 di Sabah,” katanya.

Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkata, lebih memburukkan keadaan apabila majoriti kerusi Parlimen di Sabah menjadi milik parti nasional, kerana wakil rakyatnya terpaksa akur dengan pendirian pucuk pimpinan termasuk isu membabitkan Borneo.

“Dalam hal ini, bolehkah kita menjamin hak perlembagaan dilindungi sedangkan kita tahu ahli Parlimen wajib mengundi berdasarkan pendirian parti dalam sebarang isu yang dibahaskan di Parlimen.

“Justeru, saya menyokong pendirian diambil kerajaan negeri Sarawak terhadap tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Tegasnya, sebagai ahli Jawatankuasa Kerja MA63, beliau akan memastikan tuntutan jumlah kerusi Parlimen diberi keutamaan serta dikembalikan kepada Sabah dan Sarawak. - Getaran, 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 14 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish