web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Patuh SOP Ketika Berkempen

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 8:40PM

Dr Wan Azizah (kiri) dan Akmal Nasrullah (dua dari kanan) ketika melawat Bilik Gerakan Utama PKR Johor di Larkin, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diseimbangkan.

Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kadar jangkitan virus COVID-19 yang masih tinggi perlu diutamakan, walaupun perlu turut serta dalam PRN.

"Kita perlu seimbangkan, jika SOP itu dibuat untuk kita kurangkan kadar jangkitan, itu bagus, tetapi kerana kita juga terpaksa mengambil bahagian dalam PRN ini, kerana kita demokrasi, ini yang kita perlu seimbangkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke Bilik Gerakan Utama PKR Johor di Larkin, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Dr Wan Azizah berkata, kebimbangan itu perlu supaya semua pihak lebih berhati-hati bagi mengelakkan diri dijangkiti virus berkenaan dan pada masa yang sama, tidak mahu membebankan sektor kesihatan dan kos hidup jika dijangkiti.

Katanya, cara menangani masalah itu perlu dilakukan bersama.

Sementara itu, Akmal Nasrullah pula mempersoalkan kelonggaran SOP yang dikeluarkan SPR tentang kebenaran memberi ceramah ketika kempen PRN Johor.

Beliau berkata, SOP membenarkan ceramah yang hanya terhad kepada 100 orang di bilik-bilik gerakan parti dilihat amat tidak sesuai, mengambil kira keadaan semasa.

Katanya, jika sudah ada SOP tertentu untuk dipatuhi, mengapa penganjuran ceramah itu hanya dibenarkan di bilik gerakan yang juga agak terhad dari segi keluasan.

"Kenapa tidak ambil kira juga pematuhan SOP itu di lokasi ceramah.

"Kalau ceramah, tidak perlu hadkan hanya di bilik gerakan, mungkin boleh dibuat di tempat awam dengan SOP sama dipatuhi," katanya. - Getaran, 20 Februari 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 5 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad