web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MUDA, PKR Bakal Bertembung Jika Rundingan Pembahagian Kerusi Gagal

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 10:49AM

Syed Saddiq - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membayangkan berlaku pertembungan antara parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika rundingan isu pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, tidak mencapai kata sepakat.

Berdasarkan kenyataan, Ahli Parlimen Muar itu berkata, sekiranya pertindihan kerusi antara MUDA dengan PKR tidak dapat dielakkan, pihaknya menyerahkan keputusan memilih di tangan rakyat Johor.

Bagaimanapun, Syed Saddiq berkata, MUDA bersedia meneruskan rundingan dengan PKR bagi mencapai kata sepakat dalam isu berkenaan.

“Melalui rundingan rasmi bersama DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), MUDA berjaya mengelakkan sebarang pertindihan kerusi.

“MUDA juga sudah mengadakan siri rundingan rasmi bersama pimpinan PKR, namun parti itu membuat keputusan untuk mengumumkan senarai calonnya di 20 kerusi, sekali gus menamatkan rundingan rasmi bersama kami.

“Meskipun begitu, kami menyampaikan niat dan hasrat untuk mengelakkan sebarang pertindihan kerusi antara MUDA dengan PKR kepada rakan DAP dan AMANAH,” katanya.

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, jika tidak ada sebarang perkembangan dan perubahan keputusan dari pemimpin PKR berkaitan isu pembahagian kerusi terbabit, MUDA akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan hala tuju parti pada hujung minggu ini.

“Sekiranya pertindihan kerusi antara MUDA dengan PKR tidak dapat dielakkan, kami akan menyerahkan keputusan di tangan rakyat Johor,” katanya. - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad