web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dr Mahathir Dijangkiti 'Varian Taksub Kluster Mahkamah' - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 4:50PM

Ahmad Zahid menggelar beberapa pemimpin yang sering menyalahkan kluster mahkamah sebagai 'varian taksub'. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara sinis menggelar beberapa pemimpin yang sering menyalahkan kluster mahkamah sebagai ‘varian taksub’.

Tegas beliau, kumpulan tersebut sentiasa menjadikan kluster mahkamah sebagai punca segala ‘kemelut’ yang berlaku di negara ini.

“Ini bukan varian dari virus yang disebarkan oleh penyakit fizikal. Tetapi penyakit hati. Namanya varian ‘taksub kepada kluster mahkamah’. Simptomnya mudah. Setiap hari mereka akan meratib, kluster mahkamah, kluster mahkamah dan kluster mahkamah.

“Apa-apa sahaja isu di negara kita ini, puncanya kluster mahkamah. Pakatan Harapan (PH) tumbang, kluster mahkamah. Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kluster mahkamah. PRN Melaka, kluster mahkamah dan sudah pastilah, PRN Johor, kluster mahkamah. Hampir tidak ada masalah dalam negara kita ini yang bukan berpunca dari kluster mahkamah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Menurut beliau, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini giliran Pengerusi PEJUANG Tun Dr Mahathir Mohamad pula ‘mengutip sifir’ sama dengan menuduh PRN Johor diadakan demi kepentingan kluster mahkamah.

“Pada hakikatnya, tidak ada seorang dari pemimpin UMNO yang dilabel kluster mahkamah ini yang bertanding di Johor dan walaupun semua mereka yang dilabelkan kluster mahkamah ini mengambil pendekatan menyerahkan semuanya kepada mahkamah,” katanya.

Ahmad Zahid mendakwa, naratif tersebut berkemungkinan sering diulang kerana beliau dan rakannya turun berkempen di Johor.

“Atau barangkali ini cara Dr Mahathir sebenarnya mahu menempelak secara halus wakil kluster mahkamah dari MUDA, Syed Saddiq yang turut menjual naratif mahu menyelamatkan Malaysia bermula dengan Johor.

“Bak kata orang dulu-dulu, pukul anak sindir menantu,” katanya.

Beliau turut mendakwa, mereka yang dijangkiti varian baharu itu beranggapan situasi di Johor adalah cerminan kepada perkara berlaku di peringkat pusat.

“Walaupun agak tidak logik dan tidak matang, naratif ini mudah disebarkan. Warga bangsa Johor, kalian harus berasa bangga. Bangsa Johor sedang diangkat sebagai gerbang politik dan masa depan Malaysia.

“Pastikan kita memilih kestabilan di Johor dengan terus bersama Barisan Nasional (BN). Jadikanlah PRN Mac nanti, satu ‘suntikan vaksin’ dan dos penggalak yang akan menyembuhkan varian politik baharu ini,” katanya. - Getaran, 17 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 4 minggu yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 4 minggu yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Dr Mahathir Pecah Belahkan Melayu Dan Negara 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 13 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 13 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95