web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Maszlee Calon PKR Di DUN Layang-layang

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 8:23PM

Dr Maszlee Malik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-layang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor  .

Maszlee yang baharu menyertai parti itu pada 27 November lalu menjadi calon keenam diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar hanya mengumumkan seorang calon pada Majlis Pengumuman Calon PKR PRN Johor Zon Tengah di Rengit, hari ini.

Terdahulu pagi tadi, beliau yang juga Presiden PKR dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengumumkan lima calon bagi Zon Selatan.

PKR bakal bertanding di 20 kerusi DUN pada PRN nanti.

Difahamkan, baki 14 lagi calon akan diumumkan malam ini.

Maszlee ketika ditemui media memberitahu, beliau akan mencuba sebaik mungkin atas apa sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan pucuk pimpinan parti, walaupun pada awalnya dimaklumkan parti tidak menggalakkan Ahli Parlimen untuk bertanding pada PRN Johor.

"Sebelum ini, jika ikut kepada peraturan tidak bertulis parti, Ahli Parlimen tidak akan bertanding di peringkat DUN, tetapi parti sudah putuskan untuk saya bertanding demi menawan DUN Layang-Layang yang kita kalah sebelum ini dan demi memastikan DUN lain dibantu," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, jentera Parlimen Simpang Renggam juga sudah bersedia membantu bagi memastikan kemenangan kerusi DUN Layang-layang berpihak kepadanya. - Getaran, 14 Februari 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Luar Negara 13 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad