web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pejuang Perkenal Calon 2 Hari Sebelum Penamaan Calon

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2022 7:48AM

Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) akan memperkenalkan kesemua 42 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dua hari sebelum hari penamaan calon.

Presidennya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata parti itu kini sedang memuktamadkan senarai calon, yang akan turut diwajibkan menjalani Ujian Psikometrik Anti-Rasuah (RBTAG).

“Siapa yang akan kami tonjolkan sebagai calon mestilah bersih, cekap dan amanah kerana sudah tiba masanya Johor mempunyai pentadbiran kerajaan negeri yang bersih serta berintegriti.

“Pada ketika itu, kita akan lihat kombinasi nisbah calon, antara lelaki, wanita, orang lama dan orang muda," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Pejuang di sini malam ini.

Mengenai keputusan parti itu yang  muktamad untuk bertanding solo pada pilihan raya negeri ini, beliau berkata jentera parti berkenaan telah bersiap sedia untuk bertanding di Johor.

“Kita ambil perhatian 42 kerusi DUN ini dan kesemua calon akan bertanding di bawah panji Pejuang,” katanya.

Mengenai keyakinan parti berkenaan untuk berjuang solo, Ahli Parlimen Jerlun itu berkata Pejuang perlu bergerak yakin meskipun masih baharu dan tidak mempunyai nama-nama terkenal tetapi mempunyai barisan pemimpin yang berpengalaman luas dalam kerajaan sebelum ini.

Ditanya mengenai sama ada Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi model poster parti itu, beliau berkata ianya tidak salah, malah bekas Perdana Menteri itu masih dikenali dan disayangi  rakyat.

Kelmarin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon bagi PRN Johor ialah pada 26 Februari ini dan hari mengundi pada 12 Mac. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Semasa 5 hari yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai