web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemimpin BERSATU Kembali Sertai UMNO Ibarat Sireh Pulang Ke Gagang 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 9:21PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa pemimpin kanan BERSATU Johor kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai satu gelombang dan proses pemulihan yang baik.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau mengetahui ramai pemimpin lain bersedia mengikut jejak langkah tersebut.

“Insya-Allah. Gelombang ini bukan satu perkara yang tidak baik. Ia satu proses pemulihan.

“(Ibarat) Belut pulang ke lumpur, sirih pulang ke gagang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru, beliau menggesa semua ahli dan penyokong parti supaya membuka pintu menyambut kepulangan tersebut.

Annuar Musa
Annuar Musa

Menurutnya, tindakan berkenaan turut diharap dapat merintis kepulangan sokongan rakyat secara keseluruhan. 

“Dalam sejarah politik negara, parti serpihan biasanya berjuang di bawah dukungan personaliti, bukan organisasi atau idealogi. 

“Lazimnya, hayatnya juga tidak lama. Namun UMNO adalah sebuah parti berakar umbi, punya organisasi dan tidak terlalu bergantung kepada personaliti,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan lebih ramai pemimpin politik yang meninggalkan UMNO kembali semula bersama parti itu.

“Kepimpinan sering patah tumbuh hilang berganti. Saya mendoakan lebih ramai kawan kawan yang dulunya meninggalkan parti ini, kembali semula.

“Kita bersama mendukung perjuangan ini. UMNO perlu terus terbuka kerana UMNO harus memimpin,” katanya.

Mazlan Bujang
Mazlan Bujang

Baru-baru ini, Ketua BERSATU Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang mengumumkan peletakan jawatan dan pengunduran daripada parti itu berkuatkuasa serta-merta.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri itu berkata, turut sama meletakkan jawatan ialah setiausaha dan 23 ketua cawangan serta ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian Tebrau.

Beberapa hari kemudian, penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin yang juga bekas Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Izhar Ahmad pula mengumumkan mengikut jejak langkah Mazlan. 

Terdapat spekulasi mengatakan kononnya Mazlan akan bersama UMNO dan menjadi calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. – 7 Februari 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai