web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemimpin UMNO Enggan Bersama PAS Tak Faham Konsep Islam - Ketua DUPP

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 6:48PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin UMNO yang tidak mahu bersama dengan PAS dalam memperjuangkan penyatuan ummah adalah golongan yang tidak memahami konsep Islam, kata Ketua Dewan Ulamak PAS (DUPP), Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Menurut beliau, PAS kekal dengan prinsip mempertahankan penyatuan ummah bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor walaupun UMNO tidak mahu bersama mereka.

“PAS tidak akan meninggalkan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk bersama BERSATU dan barisan parti lain, selain kekal dengan prinsip mempertahan penyatuan ummah. Saya masih berpegang pada prinsip meneruskan perjuangan penyatuan ummah, sebab ia dituntut jika seseorang itu sayang pada agama.

“Pemimpin yang tidak mahu bersama dan menganggap kami sebagai musuh, dianggap sebagai orang yang tidak faham konsep Islam dan tidak menghayati Al-Quran, sekali gus tidak memperjuangkan agama. Kalau orang yang memperjuangkan Islam, mereka tetap akan bersama-sama dengan penyatuan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh

Mengulas lanjut, Nik Muhammad Zawawi meluahkan keyakinan bahawa satu hari ini nanti, MN dan PN akan terus kekal dalam meneruskan agenda perjuangan Islam walaupun berdepan dengan pelbagai kontroversi politik.

“Kita faham penyatuan MN ini bukanlah satu agenda yang senang, kalau kita balik kepada agama kita akan jadi senang tetapi jika berbalik kepada politik secara nafsu, rakus dan mengamalkan politik kotor, kuasa semata-mata, ia akan berhadapan dengan kesukaran.

“Saya mengharapkan semua pemimpin Islam di Malaysia sedar dan faham dengan konsep penyatuan ummah khususnya umat Islam, bangsa Melayu dan Bumiputera," katanya.

Jelas beliau, penyatuan ummah di Malaysia bukan sekadar membabitkan aspek politik atau agenda peribadi PAS, UMNO atau BERSATU, sebaliknya bagi memastikan semua umat Islam kekal bersatu.

Ditanya sekiranya PAS dan UMNO kekal tidak bersama di PRN Johor, Nik Muhammad Zawawi  berkata, beliau tidak boleh membuat ramalan masa depan politik di Malaysia kerana banyak perkara yang mustahil boleh berlaku.

“Masa depan ini kita kena tengok sendiri, sebab tidak ada siapa yang tahu benda yang akan berlaku pada masa akan datang. Malah politik ini ia boleh jadi macam-macam andaian.

“Kita tengok percaturan yang berlaku sebelum ini, tidak ada siapa jangka dalam satu penggal kita akan tukar tiga orang Perdana Menteri dalam masa yang sangat singkat,” katanya lagi.

Menarik perhatian, beliau berkata pelbagai andaian yang didengar mengatakan MN akan lenyap dan ‘terkubur’ adalah tidak benar.

“Jadi sebab itu, jika ada pakar atau pengalisis politik mahupun pemimpin yang keluarkan kenyataan MN akan lenyap, itu adalah andaian yang tidak betul.

“Mereka tidak boleh membuat andaian itu ini, saya sendiri juga tidak mahu membuat andaian. Kita hanya boleh lihat sahaja," katanya.

Terdahulu, PAS telah berusaha mewujudkan kerjasama politik dengan UMNO dan BERSATU, namun UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat sekali lagi mengenepikan mereka dalam usaha untuk mendominasi secara sendiri.

Terbaru, Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan berakata, siri 'pengkhianatan' oleh UMNO bukan dicetuskan parti itu secara keseluruhan, tetapi oleh puak tertentu di dalamnya.

Ujar Khairil, kesabaran partinya dalam mendepani kerenah UMNO ada batasnya.

Kemelut antara UMNO dan PAS semakin tegang apabila Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan UMNO memberi sebagai "itik patah kaki" yang telah disembuhkan PAS dan kini cuba untuk berenang sendiri.

PAS dan BN baru-baru ini mengumumkan akan bertanding secara sendirian pada PRN Johor sepertimana yang dilakukan ketika PRN Melaka pada November tahun lalu. - Getaran, 2 Februari 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 6 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM