web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jika PN Dicabar Kekalkan Muhyiddin, UMNO Wajib Guna Zahid 'Poster Boy'

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 11:19AM

BERSATU mencabar UMNO menggunakan imej Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi sebagai 'poster boy' pada PRN Johor nanti. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) menyahut cabaran daripada UMNO untuk mengekalkan pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai 'poster boy' gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengarah Operasi Jabatan Pilihanraya BERSATU Negeri Johor, Badrul Hisham Shaharin berkata, bekas Perdana Menteri itu memiliki pencapaian memuaskan dalam membantu rakyat memerangi pandemik COVID-19. 

"Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi cabar PN untuk pakai poster Muhyiddin Yassin di Johor. Jawapannya ya, Muhyiddin yang mengetuai PN akan terus menjadi antara "produk" kempen utama gabungan itu. 

"Sehingga kini, kerajaan mengiktiraf dan meneruskan perancangan tersebut dengan Muhyiddin diangkat mengetuai Majlis Pemulihan Negara (MPN)," katanya kepada Getaran, hari ini. 

Gambar Muhyiddin digunakan sebagai poster pada PRN Melaka lepas. - Gambar Azim Abd Rahman
Gambar Muhyiddin digunakan sebagai poster pada PRN Melaka lepas. - Gambar Azim Abd Rahman

Terdahulu, Mohd Puad yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencabar PN mengekalkan Muhyiddin sebagai 'poster boy' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, nyawa BERSATU terletak pada bekas Perdana Menteri Ke-8 itu yang akan menentukan hidup mati parti tersebut.

Jelasnya, PRN Johor merupakan pentas penting yang akan menentukan hala tuju BERSATU selepas ini.

Badrul Hisham Shaharin
Badrul Hisham Shaharin

Sehubungan itu, Badrul Hisham mencabar UMNO menggunakan imej Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai poster boy pada PRN berkenaan walaupun akan menerima kritikan hebat daripada parti komponen Barisan Nasional (BN). 

Beliau yakin tindakan itu sukar untuk dilakukan berikutan rata-rata pemimpin serta akar umbi UMNO dan BN lebih selesa menggunakan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

"Ingat Fuad, untuk rekod Ahmad Zahid telah dipaksa bercuti pada 2018 dan keengganan beliau bercuti membuatkan beberapa pemimpin UMNO bukan setakat bersuara tetapi turun berundur dari parti ketika itu kerana malu dengan Presiden yang korup. Malah Pemuda UMNO membuat sidang media khas memaksa Ahmad Zahid bercuti bagi meredakan keadaan. 

"Selepas itu UMNO di bawah pimpinan (Datuk Seri) Mohamad Hassan bersama Naib Presiden seperti (Datuk Seri) Ismail Sabri serta (Datuk Seri) Mahdzir Khalid dengan kerjasama erat PAS membentuk MN dan mula memenangi siri pilihanraya kecil. Namun menjelang PRN Sabah September 2020, Ahmad Zahid secara tergesa-gesa tamatkan cuti," katanya. 

Badrul Hisham menegaskan, kepulangan Ahmad Zahid ke arena politik bukan untuk memberi tumpuan kepada pilihan raya di Sabah namun untuk melakukan rundingan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata, ini dibuktikan apabila Ahli Parlimen Bagan Datuk itu membatalkan kebanyakan jadualnya untuk ke Sabah di saat pemimpin dan akar umbi UMNO bersungguh-sungguh berkempen bagi memenangi pilihan raya berkenaan. 

"Malah dari segi kewangan, jelas beliau abaikan sehingga Muhyiddin selaku rakan kongsi Tan Sri Annuar Musa, menyalurkan bantuan kewangan bagi membantu kempen UMNO di PRN Sabah. 

"Semua ini berlaku sebab Muhyiddin enggan campur tangan bantu kes dia di mahkamah. Kenapa dia pergi kepada Anwar? Adakah dijanjikan pengguguran kes di mahkamah sehingga Zahid dan Najib tandatangan surat "letter head" UMNO kepada Yang di-Pertuan Agong sokong Anwar jadi PM, itu hanya mereka bertiga boleh menjawab," katanya. - Getaran, 2 Januari 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran