web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hubungan Masyarakat Majmuk Tidak Patut Cetus Ketegangan Antara Kaum - PAS 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 1:32PM

Selain jamuan makan besar bersama ahli keluarga terdekat malam tadi, resepsi Tahun Baharu Cina turut dibenarkan, namun mengikut SOP yang ditetapkan. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu ketegangan kaum tidak sepatutnya timbul kerana umat Islam mempunyai hubungan baik dengan China sejak zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sepanjang menjalin hubungan diplomatik itu, tidak berlaku pertembungan antara kerajaan Islam dan China.

Menurut beliau, Islam sampai ke China seawal kedatangan agama itu dan ia dibuktikan dengan kewujudan masjid di negara tersebut.

“Umat Islam juga mengambil manfaat daripada Tamadun China dalam pelbagai bidang ilmu, seperti segmen pembuatan kertas, ilmu perubatan dan lain-lain.

“Justeru, berasaskan dasar tersebut, hubungan masyarakat majmuk di peringkat dunia ini sepatutnya tidak menimbulkan ketegangan antara kaum,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Tahun Baharu Cina, hari ini.

Jelasnya, Islam tidak menghalang penganut agama lain untuk beramal dengan kepercayaan masing-masing.

“Apatah lagi untuk beramal dengan adat resam seperti Tahun Baharu Cina ini yang bertujuan menjalinkan hubungan erat antara ahli keluarga dan sanak saudara.

“Saya mewakili PAS mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada seluruh masyarakat Cina, khususnya Tionghoa yang hidup bersama kita di Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut berharap hubungan erat antara semua kaum berkonsepkan masyarakat madani akan terus terpelihara di negara ini.

Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini memberi makna besar kepada masyarakat Tionghoa yang tidak berpeluang menyambutnya secara besar-besaran selama dua tahun, susulan pandemik COVID-19.

Setelah tidak dapat pulang ke kampung meraikan perayaan itu sejak 2020, sambutan kali ini memberi sinar kepada mereka apabila akhirnya berpeluang berkumpul bersama keluarga tersayang.

Selain jamuan makan besar bersama ahli keluarga terdekat malam tadi, resepsi Tahun Baharu Cina turut dibenarkan, tetapi hanya boleh diadakan di ruang tertutup dan membabitkan jumlah jemputan terhad.

Bagaimanapun ia tidak membabitkan jamuan terbuka kepada orang tanpa jemputan dan bukan sesi majlis berkali-kali. - Getaran, 1 Februari 2022
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai