web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Pemimpin UMNO Sudah 'Benci' MN Sejak Ditubuhkan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 5:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasrat mahu melihat penyatuan orang Melayu dan Islam menerusi gagasan Muafakat Nasional (MN)  mungkin tidak kesampaian susulan kenyataan pemimpin UMNO yang memberi pentunjuk, gabungan itu seakan-akan sudah terkubur.

Sehubungan itu, bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan, tidak pelik sekiranya kerjasama dalam MN antara partinya dan UMNO kini semakin renggang.

Beliau berkata, perkara itu terjadi disebabkan ada di kalangan pemimpin UMNO yang tidak selesa dengan kewujudan gabungan berkenaan, daripada awal penubuhan MN.

“Ada yang kurang mesra MN daripada awal lagi. Kalau sekarang ada yang membakar jambatan tiada yang pelik. Tidak sedikit yang sebegini daripada kedua belah pihak. 

"Namun, ia tidak menghalang untuk kita terus menerus memperjuangkan perpaduan masyarakat di negara ini," katanya hari ini. 

Mohd Khairuddin Aman Razali
Mohd Khairuddin Aman Razali

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang meminta PAS berhenti memalukan diri sendiri dengan terus menagih simpati, atau bersikap 'gila talak' untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Nur Jazlan berkata, perkara itu menunjukkan PAS seperti terhegeh-hegeh malah kelihatan sudah hilang arah selepas mempunyai dua 'suami' dalam perkahwinan berbeza.

Tegasnya, ketika PAS Johor sibuk mahu masuk ikut pintu belakang UMNO, peringkat pusat parti itu pula terus berunding bersama BERSATU yang dilihat begitu bertentangan dengan prinsip perjuangan selama ini.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata, walaupun PAS dan UMNO gagal bersatu menjadi gabungan politik menghadapi pilihanraya, kedua-dua parti itu masih mempunyai tanggungjawab menjaga muafakat umat Islam. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menjelaskan, komited itu perlu kekal bagi mempelbagaikan lagi kepentingan bersama dari sudut agama, ekonomi, sosial dan pendidikan demi kebaikan rakyat.

"Budaya politik matang sejahtera masih menjadi sebahagian dasar PAS dalam membawa politik dakwah.

“Usahlah serang menyerang. Ambillah politik damai menghormati pilihan masing-masing. Teruskan berdoa yang terbaik untuk umat,” katanya. - Getaran, 31 Januari 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC