web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Pujuk UMNO Lagi Untuk Bersama BERSATU - Najib

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 4:31PM

Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa agar mana-mana pihak berhenti 'memujuk' parti itu untuk bersama dan menjalin kerjasama dengan BERSATU pada pilihan raya akan datang.

Tegas beliau, tindakan itu dilihat hanya memudahkan niat jahat dan usaha pemimpin BERSATU untuk menamatkan UMNO buat selama-lamanya.

Malah katanya, akar umbi UMNO sudah lama menyedari niat dan hasrat sebenar parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

“Sejak rakaman audio "scheme of things" terbongkar, yang menyaksikan Perdana Menteri (PM) Ke-8 dedahkan rancangan untuk sogok pemimpin-pemimpin UMNO dengan jawatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kami dah sedar.

“Jadi dengan pengakuan umum BERSATU semalam, saya harap pemimpin-pemimpin UMNO yang masih inginkan kita bekerjasama dengan PPBM akan hentikan usaha mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan PAS, sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN) mengenai perkara itu.

“Kawan-kawan dalam Muafakat Nasional yang masih seru kita untuk menerima BERSATU pun patut henti pujuk. Kami tetap kawan tapi jangan pujuk lagi.

“Kami tak faham kenapa UMNO perlu bekerjasama dengan pihak lain bagi memudahkan niat jahat dan hasrat mereka untuk tamatkan UMNO. Itu gila,” katanya.

Semalam, BERSATU Johor berkata, keputusan Muhyiddin untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan memberi kesan positif kepada kempen Perikatan Nasional (PN) secara keseluruhannya.

Menurut Ketua Penerangan BERSATU Johor, Mohd Solihan Badri, keputusan itu mampu memperkukuh kekuatan jentera parti bagi menewaskan Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor kali ini.

“Apabila tidak lagi terikat sebagai calon pilihan raya, Muhyiddin mempunyai lebih banyak masa untuk fokus kepada perancangan strategi dan tindakan untuk memperkukuhkan peluang calon PN memenangi PRN Johor.

“BERSATU Johor yakin, sebagai ahli politik dan pemimpin parti yang berpengalaman mengarahkan pengurusan pilihan raya kecil, PRN serta PRU, Muhyiddin mampu memberi kemenangan kepada calon-calon PN dalam PRN ini,” katanya. - Getaran, 27 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 11 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

2

Politik 2 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

3

Politik 2 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

4

Politik 2 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad