web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Keperluan Bubar DUN Perak - Menteri Besar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2022 5:55PM

Saarani Mohamad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAIPING - Tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana kerajaan negeri mempunyai sokongan kuat termasuk daripada kem pembangkang.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata justeru ianya berbeza dengan situasi politik di Johor dengan kerajaan yang mempunyai majoriti tipis.

“Saya tidak tahu apa alasan di Johor kemungkinan majoriti yang tipis itu. Di Perak sekarang saya mendapat sokongan kuat daripada parti yang mendokong kerajaan dan juga mendapat sokongan kuat daripada pembangkang.

“Tiada sebab untuk kita membubarkan kerajaan negeri kerana masih ada masa dan peluang untuk kita membangunkan negeri ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Arena Sukan Aulong di sini hari ini.

Saarani berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukan Kerajaan Negeri Perak susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) selepas mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam.

Kerajaan Negeri Johor memiliki majoriti tipis iaitu 28 kerusi berbanding 27 di blok pembangkang susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar pada 21 Dis lepas.

Kerajaan negeri Perak ketika ini memiliki sokongan 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan BN mempunyai 25 kerusi diikuti Bersatu empat kerusi; PAS tiga kerusi; Parti Bangsa Malaysia (PBM) tiga kerusi  dan Bebas satu kerusi.

DUN Perak mengandungi 59 ahli keseluruhan dan memerlukan 30 kerusi untuk majoriti mudah.

Dalam perkembangan lain Saarani berkata beliau hadir ke majlis hari ini  atas jemputan ADUN Aulong yang juga Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan bukannya atas jemputan parti itu untuk merasmikan Arena Sukan Aulong.

“Walaupun ada perbezaan pendapat dan pandangan politik matang orang akan kata kita hipokrit, saya bagi duit peruntukan yang sama kepada ADUN pembangkang berbelanja untuk keperluan rakyat.

“Saya mengambil pengalaman kerajaan sebelum ini tidak memberikan peruntukan kepada pembangkang dan bila saya jadi pembangkang, kerajaan yang memerintah pula tidak bagi peruntukan dan orang kawasan saya pun tidak dapat.

“Siapa juga yang menjadi Menteri Besar kena berbuat kebajikan kepada seluruh rakyat negeri ini dan ini menjadi tanggungjawab saya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Ketua Pemuda MCA Perak Daniel Wa dalam aplikasi WhatsApp yang antara lain mempersoal kehadiran Saarani dan Kor Ming di satu pentas seolah-olah Menteri Besar itu tidak menghormati semangat BN termasuk sekutunya iaitu MCA, MIC serta perasaan ahli UMNO sendiri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Semasa 5 hari yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 11 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 2 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad